saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/12/1999

Mengenang Artis Lama Musalmah Mengenang Artis Lama

Antara pelakon yang sering muncul bersama P. Ramlee dalam filem era 50-an adalah Musalmah.

Boleh dikatakan di mana munculnya P. Ramlee, maka Musalmah akan turut sama berlakon, begitulah erat dan baiknya hubungan mereka di bidang seni.

Ini dapat dijelaskan lagi dalam filem Antara Senyum dan Tangis (1952), Musalmah memegang watak seorang wanita penggoda yang ingin berusaha berkahwin dengan P. Ramlee walaupun dia tahu bahawa P. Ramlee telah pun beristeri (seniwati Rokiah Jaafar) dan mempunyai anak.

Dan kalau kita masih ingat dalam filem ini P. Ramlee menyanyi lagu Merayu Asmara bersama Musalmah yang menggunakan suara Lena. Lagu ini dirakam dalam rekod DPE 8078 menggunakan suara P. Ramlee dan Momo Latif.

Pada tahun-tahun 60-an P. Ramlee merakamkan semula lagu tersebut tetapi menyanyi berduet dengan Saloma.

Begitu juga dalam filem Miskin, Musalmah terus diberi peranan bersama P. Ramlee dan filem keluaran bulan Disember 1952 ini turut memaparkan Jamil Sulong, Omar Rojik, Saamah dan Salleh Kamil.

Sementara itu, dalam filem Patah Hati keluaran Ogos 1952, Musalmah diberi peluang membawa watak bersama P. Ramlee.

Filem yang diarahkan oleh K.M. Basker ini turut membariskan Neng Yatimah, Hashim Noor, Ulong Jawa, Marliah, Ahmad Chetty, Fatimah, Saidi, dan R. Samiadji Widjaya.

Selain berlakon bersama P. Ramlee, terdapat beberapa buah filem yang Musalmah memegang peranan utama seperti filem Gelora Hidup (1954), Raja Sehari, Hati Iblis, Pawang, Semerah Padi, Shorga Dunia dan Rimba.

Bagaimanapun, kehebatan Musalmah dalam bidang lakonan tidak pernah disokong oleh pengalaman di mana-mana pentas bangsawan sebelum terjun dalam dunia filem.

Oleh itu, tidak hairanlah namanya tidak pernah tercatat sebagai seniwati yang pernah bermain di pentas-pentas bangsawan seperti sebahagian besar pelakon Melayu yang lain.

Dia hanya muncul dengan tiba-tiba sahaja terjun ke dunia perfileman, dan dia sendiri mengakui bahawa dia tidak ada langsung sebarang pengalaman berlakon di atas pentas ataupun menjadi penyanyi.

Jika ada pun hanya setakat penglibatannya semasa bersekolah di Rochore (Sekolah Perempuan Melayu) dahulu di dalam satu konsert. Ia bersekolah sekadar darjah lima sahaja. Setakat itulah sahaja pengalaman awalnya dalam filem.

Tetapi, kepandaiannya berlakon adalah berdasarkan kegemarannya yang suka menonton filem, bahkan dia menjadi seorang pengamat yang teliti terhadap sesebuah filem yang ditontonnya.

Malah, sikap ini turut diakuinya sendiri kerana pada pendapatnya, untuk menjadi pelakon yang baik, maka kita perlu menonton lakonan orang lain sebelum kita sendiri berlakon.

Seniwati Musalmah dilahirkan pada 25 Julai 1925 dan suaminya ialah A. Razak, seorang penulis filem. Bersama A. Razak, dia mempunyai lima orang anak, dua lelaki dan tiga perempuan.

Tetapi rumah tangga mereka hanya kekal setakat 10 tahun sahaja. Musalmah berkahwin pula dengan seorang penyanyi, Kamsani. Sementara bekas suaminya A. Razak berkahwin pula dengan Maria Menado.

Dua daripada anak Musalmah bersuamikan lelaki Inggeris dan menetap di Australia. Musalmah menetap di No. 271, Tembeling Road, Singapura. Suaminya Kamsani meninggal dunia pada bulan Ogos 1994 ketika berusia 69 tahun kerana sakit jantung dan dikebumikan di Pusara Aman.

Selain berlakon Musalmah dikenali sebagai seorang ahli perniagaan. Dia memiliki sebuah kedai solek dan dandanan.

Kedainya mendapat sambutan dan dikunjungi bintang-bintang filem selain daripada wanita tempatan. Di samping itu, Musalmah pernah dijemput untuk memberi ceramah kecantikan wanita di RTS ketika itu.

Malah Musalmah pernah menganjurkan satu pertunjukan gusti wanita yang diadakan di Stadium Happy World, Singapura yang dimodalinya sendiri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.