saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 13/12/1999

Kertas kerja status projek LPT ke kabinet Januari

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Kementerian Kerja Raya dijangka mengemukakan kertas kerja kabinet mengenai status projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) kepada kerajaan pada Januari ini.

Menterinya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, kertas kerja tersebut meliputi cadangan pakej pembinaan lebuh raya itu di Terengganu.

Menurutnya, pelaksanaan projek lebuh raya di Terengganu bergantung kepada keputusan kerajaan negerinya sama ada membenarkan kutipan tol atau tidak.

Beliau memberitahu, Kerajaan Persekutuan tidak mampu menampung kos pembinaan dan pembayaran kepada syarikat konsesi jika tidak dapat membuat kutipan tol.

''Selepas Ramadan boleh kita bincang secara serius sebab kementerian, Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri dan jemaah menteri perlu membuat analisis mendalam mengenainya.

''Jika kerajaan laksanakan projek tapi Kerajaan Terengganu kata tidak benarkan kutipan tol, kita akan menghadapi masalah,'' katanya pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Persidangan Antarabangsa Kesusasteraan Silappadhikaaram di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Baru-baru ini, Samy Vellu membayangkan kerajaan akan mengkaji semula cadangan pembinaan LPT ke Terengganu berikutan kemenangan Pas di negeri itu pada pilihan raya umum 29 November lalu.

Beliau membayangkan demikian berikutan kerajaan Pas di Terengganu berjanji menghapuskan kutipan tol.

LPT sepanjang 338 kilometer itu menelan belanja RM2.8 bilion akan melalui Karak, Mentakab, Temerloh, Maran dan Kuantan di Pahang.

Sementara di Terengganu akan melalui Jabur, Bukit Besi, Ajil, Chendering dan Kuala Terengganu.

Menurut Samy Vellu, kementerian juga akan menunggu arahan kabinet untuk mengadakan sebarang rundingan dengan Kerajaan Terengganu mengenai LPT.

Beliau berkata, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob telah memaklumkan semua urusan mengenai pampasan dan pengambilan tanah untuk pembinaan lebuh raya di negeri itu sudah selesai.

Bagaimanapun ujarnya, pada masa sekarang kerajaan telah mengarahkan kontraktornya, MTD melaksanakan projek itu dari Karak ke Temerloh saja.

Samy Vellu menambah, pemetaan cadangan LPT di Terengganu telah diselesaikan pada November lalu, tetapi belum mendapat maklum balas kerajaan Terengganu.

''Peruntukan yang kerajaan ada sekarang ialah untuk pembinaan sehingga ke Temerloh saja iaitu pakej pertamanya.

''Bagi melaksanakan projek di Terengganu kita perlu ada perbincangan dulu,'' jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.