saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/12/1999

Berlakon kerjaya tetap Aishah

Sekalipun dia pernah terbelenggu kerana kisah peribadi satu ketika dulu, Aishah mengharapkan 'mendung' yang pernah menyelimuti kerjayanya sebagai pelakon tidak akan berterusan.

Hasilnya kini dia semakin gigih dan menerima satu demi satu tawaran berlakon selepas kegawatan ekonomi yang turut menjejaskan sumber rezekinya dalam bidang lakonan tahun lalu.

Menurut Aishah, mendukung tanggungjawab sebagai ibu tunggal kepada Shakina, 9 tahun, dia berusaha keras untuk membina nama sebagai pelakon yang dikenali ramai.

Malah dia sentiasa percaya, usia dan statusnya bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan sekiranya berusaha untuk menebus kegagalan lalu.

Katanya, apa yang diusahakan selama ini adalah untuk memberi pendidikan dan kesenangan kepada anak perempuan tunggalnya sedaya yang boleh.

"Saya berlakon bukan kerana memburu glamor. Saya sentiasa percaya glamor itu akan datang kemudian setelah orang melihat hasilnya. Tetapi yang penting sekarang ialah tanggungjawab untuk membesarkan anak saya,'' ujar Aishah.

Menurutnya, walaupun bayaran yang diterima tidak terlalu besar selepas industri hiburan dilanda kegawatan tetapi ia cukup ntuk menampung keperluan hidup mereka berdua.

Aishah mula diperkenalkan dalam bidang lakonan menerusi drama bersiri Opah terbitan RTM. Dia muncul sebagai rakan kepada Khaty yang dilakonkan oleh Kasmadiana.

Selepas drama bersiri itu , Aishah mula menonjol dalam beberapa lagi drama lain termasuklah panggung RTM, drama terbaru Mahligai Kaca dan Bonda. Dia baru menyelesaikan drama bersiri Villa Teratai.

Bagi Aishah, pengalaman lebih lima tahun dalam bidang lakonan telah banyak membentuk kekuatan dan keyakinannya pada diri sendiri.

Kerana itu dia tidak terkilan kalau wajahnya jarang muncul di majalah atau akhbar tempatan kerana kurangnya publisiti yang diterima.

Malah tidak menganggap itu sebagai satu kegagalan sebaliknya menerima hakikat bahawa pelakon sememangnya kurang diberi publisiti berbanding penyanyi.

Katanya, keadaan itu mungkin berlaku kerana pelakon muncul secara individu berbanding penyanyi yang kebanyakannya mempunyai pengurus peribadi atau pegawai perhubungan awam.

Begitupun bagi Aishah, dia mengakui bahawa publisiti perlu bagi setiap artis tetapi tidak berlebihan kerana ini boleh menghanyutkan dia dalam dunia glamor.

"Walaupun penonton kenal wajah saya, tetapi mereka tidak mengenali siapa Aishah Atan,'' ujar pelakon ini.

Dalam soal ini, kata Aishah, dia tidak mampu untuk menonjolkan diri secara berlebihan kerana adakalanya dia lebih gemar menumpukan perhatian kepada bidang lakonan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.