saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/12/1999

Rozita Izlyn dekati muzik tradisi


ROZITA IZLYN.


Semakin lama mendekati muzik tradisional Melayu dan seni budaya bangsa, kasih Rozita Izlyn semakin menebal terhadap kesenian tradisi dan kebudayaan.

Dia menganggap ada keunikan yang masih belum ditonjolkan mengenai kesenian tradisi terutama dalam bidang muzik berkaitan dengan kebudayaan Melayu.

Penyanyi muda ini kini giat mempelajari seni muzik tradisional kerana tidak mahu khazanah tradisi itu menjadi bahan yang terpinggir dengan kemasukan muzik-muzik pop dari Barat.

Lebih-lebih lagi apabila dia kini mengikuti latihan amali di Kompleks Budaya Negara (KBN) sebagai melengkapkan pengajiannya dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Kini Rozita semakin 'jatuh hati' dengan muzik dan kebudayaan tradisional.

Menurut Rozita, sejak dulu lagi dia gemar mengikuti kerja-kerja kebudayaan tetapi tidak terlalu mendalami lantaran terikat dengan pengajiannya di UiTM Shah Alam.

Tetapi apabila diberi peluang menimba pengalaman praktikal di KBN sehingga Januari tahun depan, dia mendapati jiwanya begitu tulus untuk mendalami segala kerja yang berkaitan dengan kebudayaan.

Di KBN ujarnya, dia mendekati muzik dan tarian makyung, gamelan, persembahan lagu asli dan sebagainya secara lebih khusus di bawah bimbingan tenaga pengajar profesional.

''Dulu hati saya tidak terlalu minat dengan semua ini kerana tidak mendapat peluang untuk mendekati dan menghayati apa yang dipersembahkan,'' ujar Rozita.

Kerana minat yang menebal itu, penyanyi ini bercadang untuk meneruskan kerjaya dalam bidang kesenian dan kebudayaan selepas tamat pengajian setahun lagi.

Katanya, bidang itu mempunyai hu-bung kait dengan kariernya sebagai penyanyi. Malah di KBN, dia giat menjalani latihan dalam seni mak yung daripada Seniman Negara, Khatijah Awang.

Rozita juga tidak menolak kemungkinan untuk mendalami mak yung secara lebih sistematik pada masa depan.

''Cuma yang menjadi masalah ialah penyampaian lagu-lagu mak yung dalam loghat Kelantan. Saya sebenarnya tidak fasih untuk bertutur dalam loghat itu,'' ujar Rozita lagi.

Penyanyi ini juga mengakui yang dia tidak pernah membataskan pembabitannya dalam mana-mana bidang seni kerana dia memandang kesemua cabang seni cukup istimewa.

''Saya bergiat dalam semua cabang seni untuk mendedahkan diri saya. Saya memasuki persembahan nasyid dan menjadi penyanyi utama, saya berlakon dan saya ikuti banyak kesenian lain,'' ujarnya.

Dia gemar mencuba selagi diberi peluang untuk menambah pengalaman dan pengetahuan dalam banyak perkara terutama aspek kesenian.

Dalam kesibukannya mengikuti latihan pratikal dan sekali gus masih mengadakan persembahan di hujung minggu, Rozita tidak mudah mengalah untuk memilih satu di antaranya.

''Sejak dulu saya atur jadual saya dengan mudah. Saya hanya mengadakan persembahan pada hujung minggu dan akan melibatkan diri sepenuhnya dalam bidang nyanyian ketika cuti penggal. Ia tidak menjejaskan salah satu kerana saya meletakkan harapan ke atas kedua-duanya demi masa depan saya,'' kata Rozita.

Namun pada tahun terakhir pengajiannya, dia sedar yang komitmen lebih diperlukan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajarannya.

''Saya perlu menyiapkan tesis. Masa saya agak padat setiap hari untuk mencari dan mengumpul bahan tetapi saya aturkan jadual persembahan pada hujung minggu,'' katanya.

Oleh: NOR ASIKIN HASSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.