saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/12/1999

Ann Abdullah tidak kesal kurang popular


ANN ABDULLAH


NAMANYA mungkin tidak segandingan dengan pelakon-pelakon popular seperti Azean Irdawaty, Aida Rahim mahupun Lydiawati. Namun, ada sesuatu yang menyebabkan peminat akan terus mengingati pelakon bernama Ann Abdullah.

Kemunculannya di dalam tiga buah filem sebelum ini menyebabkan nama wanita ini terus bertahan di tahap yang tersendiri.

Menceritakan pengalamannya berlakon di dalam filem Cinta Rosevilla, Amelia... Mawar Berduri dan Sutera Putih, Ann dengan merendah diri berkata:

''Benar, saya sudah berlakon di dalam tiga buah filem tetapi semuanya filem yang tidak popular.''

Kata-kata tersebut terucap bukan kerana menyesali nasib diri yang tidak mencapai tahap sepopular pelakon lain.

Menurut Ann, dia tidak pernah berasa kesal apabila namanya terus berada di tahap sederhana seperti sekarang walaupun telah berada hampir 12 tahun dalam bidang lakonan.

Ini kerana, dia percaya setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan diri yang telah ditetapkan oleh-Nya.

''Saya tidak menyesal kerana tidak terlalu popular seperti orang lain. Sebenarnya saya sendiri yang memilih untuk muncul dengan imej sederhana seperti sekarang.

''Walaupun tidak terlalu popular seperti pelakon lain, saya sudah cukup bersyukur kerana mampu meneruskan kehidupan menerusi dunia lakonan,'' jelasnya.

Ann beranggapan untuk apa populariti yang keterlaluan seandainya mengundang pelbagai kontroversi yang tidak sihat.

Di samping itu, dia berasa banyak kelebihan berada dalam tahap seperti sekarang kerana tidak perlu bersusah payah untuk mengekalkan populariti.

''Apa yang penting, kehadiran saya diterima pengarah dan peminat tahu kewujudan saya dalam dunia lakonan. Sekalipun tidak terlalu popular, sekurang-kurangnya orang mengiktiraf saya sebagai pelakon.

''Saya juga bukanlah pelakon yang mengharapkan kepada kontroversi atau rupa semata-mata untuk mendapatkan sesuatu tawaran,'' jelasnya lagi.

Namun, jauh di sudut hatinya, pelakon berusia 27 tahun ini berbangga dengan segala pengalaman yang telah dikecapinya selama ini.

Dan Ann juga percaya suatu hari nanti, dia akan diberi peluang untuk menonjolkan lagi bakatnya dalam bidang lakonan terutamanya di dalam filem popular di pasaran.

Mengimbas penglibatannya dalam dunia lakonan, dia mula aktif pada tahun 1987 iaitu di waktu umurnya masih belasan tahun.

Disebabkan sesuatu masalah, dia terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat seketika kepada dunia lakonan pada awal tahun 90-an.

''Kerana jiwa yang sudah sebati dengan lakonan, percutian saya tidak bertahan lama.

''Melihat penampilan rakan-rakan lain di kaca tv, saya merasa alangkah ruginya saya tinggalkan bidang ini.

''Lalu saya ambil keputusan kembali semula ke dunia lakonan semenjak lima tahun lalu,'' jelasnya.

Kini, Ann juga berjinak-jinak dengan dunia kecantikan apabila terpilih sebagai salah seorang jurucakap sebuah syarikat yang memasarkan barangan kecantikan ke seluruh dunia.

Tugas tersebut amat bersesuaian dengan jiwanya yang sentiasa peka dengan barangan kecantikan wanita sebelum ini.

''Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Terpilih sebagai jurucakap syarikat yang memasarkan barangan berjenama, membuatkan saya bertambah yakin untuk berhadapan dengan orang lain,'' jelasnya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.