saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/12/1999

Pasrah gabungan formula dua filem


ERRA Fazira dan Norman Hakim.


Filem Pasrah yang akan ditayangkan pada hari raya Aidilfitri ini adalah formula filem Yusof Haslam yang menggabungkan filem Sembilu dan Maria Mariana yang mencatatkan kutipan box office tidak lama dulu.

Yusof Haslam selepas pratonton filem Pasrah di Finas Hulu Klang kelmarin mengakui bahawa Pasrah adalah gabungan formula dua filem yang berjaya.

Meneruskan kesinambungan formulanya, Yusof masih terus bermain dengan tema cinta dan air mata serta menghidangkan kisah yang menyayat hati dan konflik dalam percintaan.

Yusof yang tetap dengan pendiriannya bahawa penonton adalah yang paling layak menghakimkan sesebuah filem, cuba mengambil kesempatan dengan menghidangkan sesuatu yang lebih meruntun perasaan penonton.

Menurut Yusof, dia memilih tema wanita kerana mahu menyampaikan mesej kepada penonton bahawa tidak semua lelaki membuat keputusan yang tepat dalam hidup mereka.

''Sikap ego lelaki sering kali merugikan diri mereka sendiri. Namun daripada keegoan lelaki, kita boleh lihat bagaimana seorang wanita akan bangkit dan berusaha dengan lebih tabah meneruskan kehidupan,'' jelas Yusof.

Biarpun kalangan generasi baru perfileman dunia mentafsirkan filem adalah adunan beberapa medium artistik untuk menyampaikan saranan psikologi kepada penonton, Pasrah memilih menyampaikan mesej nasihatnya secara terus terang.

Pasrah tidak banyak bezanya dengan beberapa filem Yusof sebelum ini yang mengambil pendekatan secara langsung untuk menyampaikan cerita kepada penonton dan bukan menerusi penghayatan aspek astistik.

Ia berkisar tentang kehidupan seorang model bernama Farah Diba yang merupakan seorang bekas Ratu Cantik Malaysia.

Sebagai jelitawan, Farah sering dihimpit oleh pelbagai golongan terutama orang kenamaan yang mahu menjadikan dia sebagai teman sosial.

Bagaimanapun, kesetiaan Farah terhadap kekasihnya Hafsham menjadi benteng daripada terpengaruh dengan tawaran lelaki-lelaki lain.

Namun kesetiaannya tidak dihargai apabila Hafsham turut dipengaruhi oleh gosip liar yang menimpa Farah selama ini.

Farah ditinggalkan sendiri dan Hafsham memilih Natasha seorang model yang selama ini sentiasa cemburu melihat kejayaan Farah.

Lakonan Erra Fazira kali ini wajar mendapat pujian kerana berjaya menunjukkan penghayatan yang mendalam di dalam setiap babak yang melibatkannya.

Mungkin kerana filem ini dikatakan mempunyai sedikit imbasan kisah hidupnya sendiri, tangisan dan gelak ketawa yang Erra paparkan di layar nampak hidup dan bersahaja.

Sementara itu, dari segi lakonan penampilan pelakon Norman Hakim pula belum menunjukkan pembaharuan.

Gaya Norman seperti penampilan di dalam majalah dan watak Hafsham gagal dihayati oleh Norman sehingga hampir melemahkan jalan cerita filem itu.

Norman tidak menunjukkan kematangan dalam lakonannya dan kelihatan malu ketika berdepan dengan pasangannya ketika melakukan adegan romantik.

Lakonan Wilma Muhammad, seorang wanita penggoda yang tidak bermoral hanya berada di tahap sederhana.

Penampilan Wilma terutama dengan solekan yang selekeh dan keterlaluan mencacatkan sedikit watak Natasha.

Aspek kesesuaian solekan tidak diberi perhatian dalam filem ini terutamanya kepada watak Natasha.

Pasrah mula ditayangkan kepada umum menjelang Hari Raya Aidilfitri depan di 35 buah pawagam di seluruh negara.

Ia juga adalah filem pertama yang ditayangkan di pawagam GSC Mid Valley yang menempatkan 18 cinepleks terbesar di Asia.

Filem terbitan Skop Productions dan Grand Brilliance Sdn. Bhd. ini menelan kos sebanyak RM1.1 juta termasuk kos promosi.

Selain tiga pelakon utama itu, Pasrah juga menampilkan pelakon Abby Abadi, Khairil Anwar, Lan Pet Pet, AC Mizal, Latiff Ibrahim, Kartina Aziz dan Radzi Khalid.

Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.