saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 23/12/1999

RTM sediakan rancangan Hari Raya

PELBAGAI corak rancangan hiburan disediakan oleh RTM untuk memastikan penonton mendapat kepuasan sempena musim perayaan Aidilfitri ini.

Untuk mendekatkan penonton dengan penghibur yang diminati, RTM merancang akan menyiarkan secara langsung tiga buah rancangan hiburan pada musim perayaan itu.

Pada malam menjelang Hari Raya pengacara Aznil Nawawi dan Abby Abadi akan mengacarakan rancangan Salam Aidilfitri.

Rancangan itu bermula pukul 12 tengah malam hingga pukul 3 pagi untuk memberi hiburan kepada penonton yang berjaga hingga lewat malam.

Sebagai tarikan, penyanyi terkenal tanah air seperti Noraniza Idris, Shawn, Feeza, Dayang Nurfaezah dan banyak lagi akan muncul dalam rancangan ini.

Mereka akan membacakan kad ucapan dan melayan pemanggil yang menghubungi rancangan tersebut selain menyanyi.

''Saya dan Abby akan memberikan persembahan terbaik pada rancangan istimewa itu,'' kata Aznil.

Mereka akan menghiburkan penonton agar terus menonton walaupun ia disiarkan pada lewat malam hingga awal pagi.

Rancangan Telebriti Aidilfitri akan disiarkan pada pukul 9 malam di hari raya ketiga. Bob yang mengacarakan rancangan mingguan itu akan terus bersama penonton secara langsung di studio. Terdapat artis yang akan bersama-sama namun nama mereka dirahsiakan.

''Sebagaimana konsep asalnya artis yang akan muncul akan dirahsiakan kerana soalan mengenai mereka akan diajukan kepada penonton,'' ujar Bob.

Rosyam Nor dan Hani Mohsin pula bergandingan mengacarakan rancangan Temasya Aidilfitri pada Hari Raya keempat pukul 8.45 malam.

Rosyam dan Hani akan bergilir gilir muncul bergandingan penyanyi yang terlibat untuk menyerikan rancangan hiburan utama sempena Hari Raya itu.

Antara penyanyi yang akan muncul ialah Juliana Banos, Liza Hanim, Asha Malik, Shawn, Yusni Hamid, Jezzlina Hashim, Rozita Izlyn dan banyak lagi.

Selain rancangan secara langsung itu TV1 juga akan menyiarkan banyak rancangan hiburan seperti Isy Tak Habis Habis (raya ketiga, pukul 11 malam), Etnika Lebaran (raya kelima, 11 malam), Hari Raya Bersama Raihan (raya pertama, 3 petang) dan Konsert Erra Fazira (raya pertama, 11 malam).

Turut disiarkan Aidilfitri Bersama Liza Hanim (raya pertama, 4 petang), Konsert Pancawarna Siti Nurhaliza (raya kedua, 11 malam), Di Sebalik Wajah Umie Aida (raya keempat, 11 malam), Istimewa Bersama M. Nasir (raya kedua, 4 petang) dan banyak lagi.

Rancangan hiburan di TV2 menampilkan Syawal (raya pertama, 10.30 pagi), Bersama Khaty (raya pertama, 11.30 pagi), Istimewa Ziana Zain (raya pertama, 9 malam), Nostalgia Aidilfitri (raya kedua, 10.30 malam), KRU Jammin The Nation (raya pertama, 3.30 petang), Di Sebalik Wajah Awie (raya ketiga, 2 petang) dan beberapa lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.