saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 25/12/1999

Kumpulan Moin gambaran kasih sayang keluarga


KUMPULAN MOIN.


Ikatan kasih dua beradik adalah kekuatan kepada kumpulan Moin yang mencipta nama sebagai kumpulan adik-beradik yang memanjat populariti di negara ini. Kemesraan Ieda dan adiknya Eddie ketika mengadakan persembahan adalah gambaran kasih sayang keluarga yang telah terjalin sejak zaman kanak-kanak lagi.

Bagi mereka, kelahiran kumpulan Moin adalah simbol sebuah keluarga yang mempunyai ikatan kemesraan yang kuat antara satu dengan lain.

Menurut Ieda, ramai yang menyalah anggap keeratan hubungan mereka apabila tampil membawakan lagu Abadinya Cintaku dengan cara yang agak mesra.

Tetapi katanya, lirik sebuah lagu tidak harus diukur secara yang tersurat sebaliknya ia kerap mengandungi pengertian yang tersirat.

''Malah erti cinta tidak semata-mata antara sepasang kekasih tetapi banyak lagi rahsia cinta yang tersembunyi di dunia ini,'' ujarnya.

''Misalnya dalam hubungan kami berdua, pengertian cinta dalam lagu tersebut lebih bersifat kasih sayang yang terjalin di antara adik-beradik sejak lahir,'' jelas Ieda yang baru berusia 20 tahun.

Katanya, ada segelintir peminat mereka yang bersikap negatif dengan persembahan dia dan Eddie hingga mula menyalah anggap tentang hubungan kedua-duanya.

Mereka berdua memang rapat sejak lahir lagi. Jadi, tidak timbul masalah untuk beraksi spontan kerana diasuh untuk saling menyayangi.

''Tidak perlulah menimbulkan prasangka buruk sekiranya kami tampil dengan lagu Abadinya Cintaku dengan agak mesra,'' jelas Ieda.

Malah dalam apa jua keadaan sekalipun, ujar Ieda, batasan pergaulan di antara adik- beradik cukup terkawal, terutama oleh keluarga yang sering bersama mereka dalam mana-mana persembahan.

Katanya lagi, sebagai sebuah keluarga, mereka saling ingat-mengingati dan menjaga satu sama lain untuk mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku.

''Dia adik saya yang boleh diharap walaupun dia masih muda,'' beritahu Ieda.

Mengulas mengenai jadual persembahan, Ieda memberitahu, Moin kini lebih mampu bergerak bebas selepas Eddie selesai menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, baru-baru ini.

Katanya, Moin cuba memenuhi sebanyak mungkin aktiviti promosi dan persembahan selepas hanya muncul pada hujung minggu.

''Banyak jemputan yang terpaksa kami tolak kerana mahu Eddie selesa menunaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar. Kami sekeluarga tidak mahu mengganggu jadual persekolahannya kerana kami mahu dia memberi tumpuan penuh kepada pelajaran,'' kata Ieda.

Oleh: NOR ASIKIN HASSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.