saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 25/12/1999

Sepuluh kumpulan remaja berentap

SYARIKAT pengeluar barangan elektrik ternama, Sony menganjurkan Sony Battery Face On Talent Search dalam usaha mencungkil bakat muda dalam bidang muzik.

Pertandingan yang bermula Oktober lalu menampilkan 10 buah kumpulan yang layak ke pertandingan akhir pada 4 Mac depan.

Sepuluh kumpulan tersebut mendapat publisiti percuma apabila gambar mereka menghiasi pakej bateri alkali saiz AA keluaran Sony.

Kumpulan yang akan berentap nanti ialah Innersoulz, Feeltz, Nyze One, Shimmer, Foreplay, Ruff Edge, X-Posure, Venus, Boyz 'R' Us, dan Sub-5.

Pertandingan akhir itu akan diadakan di Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor, pada pukul 2 petang hingga 11 malam. Pembeli bateri pakej istimewa itu berpeluang menonton pertandingan itu.

Kumpulan yang terpilih itu terdiri daripada pelbagai kaum berusia antara 18 hingga 25 tahun. Setiap peserta dikehendaki menyanyikan sebuah lagu Inggeris dan sebuah lagu Melayu dalam pertandingan itu.

Juara pertandingan akan menerima trofi dan wang tunai RM12,000, tempat kedua RM8,000, manakala tempat ketiga menerima RM5,000.

''Kami menjangkakan lebih 3,000 penonton remaja akan menyaksikan persembahan itu,'' kata Ketua Pengurus Kempen Sony, Paul Shioda.

Dengan program menarik untuk remaja itu, mereka yakin akan mendapat sokongan daripada peminat, katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.