saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/01/2000

KRU cipta lagu nasyid untuk Rabbani

ANDAI kata suatu masa nanti (dalam masa terdekat ini) anda terdengar sebuah lagu nasyid di radio yang disuntik elemen moden dan berbau irama pop, jangan sekali-kali anda terkejut.

Anda juga jangan sesekali merasakan diri anda ditipu apabila mendengar juruhebah mengumumkan lagu yang berjudul Pergi Tak Kembali dan Masa itu nyanyian kumpulan Rabbani dan diciptakan oleh kumpulan KRU.

KRU buat lagu nasyid! Pastinya suara-suara kejutan sebegitu akan kedengaran kerana sama sekali tidak menyangka trio bersaudara itu, mengubah haluan mencipta lagu nasyid pula.

Bagi mereka yang masih kurang percaya, itulah hakikat yang harus anda terima. KRU sememangnya dikenali sebagai karyawan yang kreatif, wajar diberi peluang mempelbagaikan cabang seni mereka.

Manakala Rabbani yang memberanikan diri mempertaruhkan nasib mereka dengan menyanyikan lagu ciptaan KRU perlu berdepan dengan pelbagai kemungkinan yang sukar untuk diramalkan.

Kemunculan kumpulan nasyid itu kali ini, dengan membawa pembaharuan yang cukup ketara pastinya akan membuka mata segenap lapisan pencinta setia irama nasyid.

Tiga tahun mewarnai industri muzik tanah air, irama nasyid Rabbani kali ini merentas alaf baru dengan bersandarkan kepada irama kontemporari dan alternatif seiring dengan perkembangan semasa.

Meskipun begitu, kumpulan yang dianggotai oleh 13 ahli kumpulan itu, tidak melupakan tanggungjawab mereka mengadaptasikan elemen-elemen proaktif menepati seruan agama di setiap sudut lagu nyanyian mereka.

Rabbani dianggotai oleh Mohd. Asri Ibrahim (ketua dan penyanyi utama) serta enam penyanyi latar iaitu Rahmat Syafie, Asri Ubaidullah, Mohd. Rithaudden Yaakob, Mohd. Nazim Mohd, Azadan Abd. Aziz dan Loqman Abd. Aziz.

Enam anggota yang lain merupakan pemuzik iaitu Mohd. Aminuddin Sani, Hamzah Hashim, Zulkifle Azman, Nazrul Azhar Tamrin, Azizan Halid dan Mohd. Affendi Shahbudin.

Dengan mengambil keputusan menggunakan khidmat komposer adik-beradik KRU itu, Rabbani tidak menafikan, mereka perlu berdepan dengan risiko khususnya reaksi masyarakat yang sebelum ini belum pernah didedahkan dengan pembaharuan sedemikian rupa.

''Kami sekadar menampilkan pembaharuan pada irama nasyid dan pada masa yang sama kami tidak lupa tentang seruan agama yang harus dipraktikkan sama,'' jelas Asri ketika diminta pandangannya tentang sumbangan lagu KRU itu.

Selain pembaharuan yang ingin ditampilkan, Asri turut memberitahu, secara tidak langsung, menerusi penglibatan KRU, Rabbani dapat menarik satu lagi kelompok peminat, pendengar dan pembeli album yang baru.

''Rabbani dan KRU mempunyai dua kelompok peminat, pendengar dan pembeli album yang berbeza. Insya-Allah siapa tahu dengan gabungan ini akan dapat mencipta satu lagi sejarah baru dalam irama nasyid,'' jelas Asri lagi.

Dalam nada yang tegas penuh makna, Asri sekali lagi menjelaskan, Rabbani tetap menekankan, bahawa keaslian irama nasyid mereka tetap terpelihara dan tidak bercanggah.

Selain KRU, album Pergi Tak Kembali ini juga menampilkan Zaid Yusof, Yusri Yusoff dan John Boy sebagai penerbit bersama.

Album terbitan dan edaran EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. sesungguhnya jika diteliti dan dibandingkan dengan album-album nasyid sebelum ini memberi kelainan yang cukup ketara.

Apa yang pasti Rabbani tidak mahu terlepas daripada menjadi sebahagian daripada golongan insan seni yang mahu mencipta sejarah sempena dengan tahun 2000.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.