saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/01/2000

Kamikaze nafi dakwaan XPDC

Kumpulan Kamikaze yang lebih cenderung kepada muzik Megadeth itu menolak dakwaan kumpulan XPDC bahawa anggotanya, Amy tidak mampu bermain dram untuk lagu heavy metal setelah pulih daripada kemalangan.

''Sejak pulih daripada kemalangan, kaki saya tidak menghadapi sebarang masalah. Kalau orang kata saya tak boleh main lagu-lagu metal, macam mana pula saya boleh berlatih pukul dram sampai empat hingga lima jam sehari,'' kata Amy.

Kehadiran Amy dalam Kamikaze secara tidak langsung menarik peminat XPDC kepada kumpulan baru yang dianggotainya itu.

''Bagi saya Amy adalah satu aset. Dia sudah lama dalam bidang ini dan ada pengikutnya tersendiri. Bila dia menyertai Kamikaze, sedikit sebanyak adalah juga peminat yang mengikutnya,'' kata Sham ketua kumpulan Kamikaze.

Menurut Sham, kalau Amy dia tidak boleh bermain lagu heavy metal dia sendiri tidak akan menawarkan Amy untuk menyertai Kamikaze.

''Saya sendiri telah melihat kebolehannya dan kalau kami buat persembahan pun saya yakin Amy boleh bermain dengan baik sekali,'' tambah Sham.

Selain Amy menjadi aset Kamikaze, kumpulan itu juga berbangga kerana T-Rex atau Terrance Law adalah penyanyi pertama kumpulan heavy metal tempatan berketurunan Cina.

Kehadiran Kamikaze dalam bidang seni bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana kumpulan, sebaliknya ingin menonjolkan bakat dan pengalaman mereka.

Sementara itu lagu Tawa Dalam Tangisan disiarkan menerusi radio membuatkan banyak peminat bertanya bilakah album sulung kumpulan itu akan berada di pasaran.

Ini kerana syarikat rakaman memilih strategi pemasaran dengan mempromosi lagu terlebih dahulu di radio sebelum dipasarkan kepada orang ramai.

Album berjudul Kontroversi itu hanya akan di pasaran mulai 17 Januari ini setelah lagu-lagu yang terdapat dalam album itu menarik perhatian peminat.

Walaupun ketika ini peminat lebih me-ngenali Kamikaze dengan irama slow rock menerusi lagu Tawa Dalam Tangisan tapi itu bukanlah imej sebenar kumpulan ini.

Kamikaze yang dianggotai oleh Sham, T-Rex, Amy dan Rahmad lebih senang dengan irama heavy metal.

''Sebenarnya itu adalah lagu pengenalan dari Kamikaze yang dimuatkan dalam album kompilasi Pendekar-Best of Slow Rock,'' kata Sham.

Kumpulan ini sebenarnya tidak menyangka ramai yang suka lagu tersebut dan ramai bertanya bila album mereka akan berada di pasaran.

Kamikaze memberitahu konsep muzik dalam album ini kerana lebih menjurus kepada irama perlahan semata-mata untuk kelulusan siaran di radio.

''Selain lagu tersebut, Kontroversi dan Kerja adalah di antara lagu rancak yang telah mendapat kelulusan untuk siaran radio,'' ujar Sham.

Sebuah lagi lagu slow rock yang dimuatkan dalam album ini ialah Bayangan Se-malam. Walaupun album ini telah disiapkan sejak November lalu tapi syarikat rakaman menunggu masa yang sesuai untuk dipasarkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.