saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/01/2000

Nouri pilih Johari Teh

PERCUBAAN Nouri menghasilkan album berkonsep irama latin ternyata mendapat perhatian di hati peminat.

Lagu Sepenuh Jiwa yang dimuatkan di dalam album sulungnya, Nouri, sering kedengaran di corong radio.

Sekarang ini, Nouri sedang membuat persiapan untuk album kedua pula.

Jelas Nouri, dia akan menggunakan khidmat Johari Teh lagi sebagai penerbit di samping meminta lagu daripada beberapa komposer terkenal seperti Adnan Abu Hassan.

''Memandangkan Johari Teh tahu sejauh mana kemampuan Nouri dan kami senang bekerjasama, jadi untuk album akan datang Nouri tetap pilih dia sebagai penerbit.

''Di samping itu, Nouri juga hendakkan lagu-lagu daripada komposer lain. Sekarang ini, Nouri tengah kumpul lagu. Kalau semuanya berjalan lancar, insya-Allah dalam waktu terdekat ni, Nouri akan masuk studio,'' katanya.

Katanya lagi, dia tetap akan kekalkan konsep asal iaitu variasi yang menampilkan irama latin dan pop komersial.

Selain daripada sibuk mengumpul lagu, Nouri juga tidak henti-henti membuat latihan suara dan stamina.

''Nouri mahu pastikan bila buat rakaman nanti, tidak ada masalah dari segi pernafasan. Kalau boleh biarlah album kedua Nouri ini lebih bertenaga dari yang pertama,'' harapnya.

Untuk album keduanya juga nanti, Nouri mungkin buat satu kejutan.

Setakat ini, dia enggan memberitahu kejutan yang bakal dibuat itu tetapi dia dijangka akan mencipta sebuah lagu yang mengisahkan suka duka perjalanan hidupnya.

Dia yang menghentikan aktiviti seni sepanjang bulan puasa akan kembali aktif setelah bercuti raya di kampung halamannya di Melaka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.