saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/01/2000

Impression tingkatkan promosi album

KUMPULAN Impression akan menggiatkan promosi album mereka selepas musim perayaan setelah demam lagu-lagu bertema Hari Raya berakhir.

Syarikat rakaman Sony Music yakin pasaran album kumpulan trio yang dianggotai oleh tiga pelakon lelaki popular itu akan mendapat tempat.

Untuk itu, Sony merancang mempelbagaikan promosi termasuk sesi bertemu peminat di seluruh negara untuk mendekatkan mereka dengan peminat.

''Kami yakin album itu akan lebih mendapat sambutan apabila promosi digiatkan,'' kata Eksekutif Promosi Sony, Ridzuan Abdul Rahman.

Menurut Ridzuan, komen dan kritikan yang diterima tidak melemahkan semangat mereka untuk membuktikan keupayaan diri.

''Walaupun terdapat pihak yang mengkritik album tersebut, namun anggota Impression menerimanya sebagai satu cabaran,'' katanya lagi.

Impression yang dianggotai oleh Norman Hakim, Eizlan Yusof dan Sani Salleh itu kini sedang popular dengan lagu Jatuh Hati sebagai lagu sandaran utama dalam album tersebut.

Ridzuan berkata anggota Impression juga bersedia untuk mendekatkan diri dengan peminat termasuk di pusat-pusat membeli-belah di seluruh negara.

Sementara itu, Norman Hakim berharap filem lakonannya Pasrah yang kini sedang ditayangkan dapat membantu penjualan album mereka itu.

''Dengan adanya filem lakonan saya di pawagam, saya harap peminat juga akan sedar mengenai album sulung kami,'' katanya.

Walaupun kesemua mereka lebih dikenali sebagai pelakon, namun itu bukan alasan untuk menidakkan keupayaan mereka dalam bidang nyanyian.

''Lagu-lagu yang kami hasilkan bersesuaian dengan gaya persembahan kami yang ceria,'' kata Norman lagi.

Mereka juga tidak mahu dibandingkan dengan kumpulan padu suara lain kerana apa yang mereka hasilkan adalah berbeza.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.