saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/01/2000

Scan mahu kecapi populariti

Kini, kumpulan yang pernah popular dengan lagu Kau Terpaksa dan Aku Dipaksa itu kembali untuk mengecapi populariti dan menyinari dunia hiburan selepas lama menyepikan diri.

Scan kali ini memilih dua lagu terbaik mereka yang berjudul Tak Sangka Kau Berdusta dan Sanggupkah Kau Bersabar Sayang?.

Vokalis utamanya, Azan diberi tanggungjawab untuk mendendangkan kedua-dua lagu hasil ciptaan komposer Eddie Hamid dan Lan Laga.

Kumpulan Scan yang terkenal dengan irama pop rock masih lagi meneruskan tradisi konsep album pertama mereka itu.

Walaupun dua lagu tersebut tidak dimuatkan di dalam album terbaru Scan, sekurang-kurangnya lagu tersebut dapat mengembalikan kenangan peminat terhadap kumpulan itu.

Kedua-dua lagu tersebut dimuatkan di dalam album kompilasi keluaran syarikat MSO yang diberi judul Balada Hits 4.

"Ini adalah sebagai permulaan saja untuk Scan. Sebenarnya syarikat memang ada perancangan untuk menghasilkan album penuh Scan, tetapi bukan dalam waktu terdekat ini,'' kata pegawai perhubungan MSO, Rosey Syafienei Miskam.

Buat masa sekarang, katanya lagi, Scan sedang mencari bahan untuk album terbaru mereka.

Tambahnya, jika semuanya berjalan lancar kemungkinan album sulung mereka dengan MSO akan berada di pasaran pada pertengahan tahun ini.

Menurutnya, syarikat juga bercadang untuk mendapat khidmat Eddie dan Lan sebagai penerbit album Scan.

"Sebagai permulaan, dua lagu mereka diselitkan di dalam album kompilasi yang menghimpun semua lagu-lagu terbaik penyanyi naungan MSO.

Antaranya ialah lagu-lagu dendangan kumpulan Stings, Screen, Spiranza, Lestari dan Saleena,'' ujar Rosey lagi.

Antara lagu yang terpilih untuk album ini ialah Bila Cinta Didusta (Screen), Kutimang Kasih Kutimang Sayang (Stings), Bukan Aku Rela (Saleena), Kumasih Meragui Cintamu (Spiranza) dan Berbungalah Bunga Cinta (Stings).

Kebanyakan lagu di dalam album ini adalah ciptaan komposer Eddie Hamid, Patrick Kamis, Lan Laga, Norija dan Isa Gravity.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.