saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/01/2000

Siri Opah Azean teringin kembali berlakon


KHATY AZEAN.


PELAKON Khaty Azean mengakui penerimaan peminat yang luar biasa terhadap drama televisyen Opah membuatkan dia sukar mengikis imej watak Khaty yang dilakonnya dalam siri itu.

Populariti watak Khaty sebagai salah seorang cucu Opah (lakonan Zaiton Hussin) turut memperkenalkan dia sebagai pelakon selepas muncul dalam siri terpanjang itu.

Lantaran itulah Azean menggunakan nama Khaty Azean sebagai nama penanya kerana telah serasi di kalangan peminat dan rakan-rakan.

Khaty adalah watak lakonannya dalam siri Opah sejak awal diterbitkan sehingga beberapa musim berikutnya. Kini dia telah menarik diri daripada siri itu.

''Walaupun siri terbaru tidak menampilkan saya, namun saya masih dipanggil Khaty,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Malah dia masih memanggil Normala Omar sebagai ibu walaupun mereka masing-masing telah tidak lagi berlakon siri itu. Ini menunjukkan Opah telah membentuk satu ikatan yang kuat kalangan pelakon-pelakonnya.

Biarpun telah lama meninggalkan Opah tetapi Khaty Azean mengakui rasa teringin untuk kembali pada siri itu apabila menonton Opah musim baru di kaca televisyen.

''Namun watak lakonan saya dalam siri itu telah ada penggantinya,'' kata Khaty yang kini aktif sebagai jurucakap barangan jualan langsung.

''Saya masih mengikuti perkembangan siri Opah walaupun saya tidak lagi berlakon di dalamnya,'' katanya.

Menurutnya apabila bayaran berlakon semakin berkurangan dia mula mencari pekerjaan tetap.

Khaty menjadi jurucakap barangan jualan langsung sejak setengah tahun lalu dan kini terikat dengan kerja tersebut.

''Saya rasa pendapatan kerja tetap saya lebih tinggi daripada bayaran untuk berlakon,'' katanya.

Khaty berkata, dia mengurangkan aktiviti lakonan kerana kesibukan kerja dan juga kerana bayaran yang dianggapnya rendah.

''Banyak pihak mengatakan ekonomi telah pulih namun bayaran kepada pelakon masih tidak dinaikkan sejak zaman gawat sehingga kini,'' katanya.

Khaty berkata, sepatutnya pihak penerbit menaikkan bayaran apabila kegawatan ekonomi negara telah mula stabil bukannya mengambil kesempatan.

Pelakon masih menerima tawaran walaupun bayaran dianggap rendah kerana menjadikan lakonan sebagai punca pendapatan utama.

Walaupun begitu dia masih belum mengumumkan persaraan kerana masih berminat dan menerima tawaran berlakon.

''Saya terpaksa memilih tawaran yang tidak menjejaskan kerja tetap saya,'' ujar pelakon itu lagi.

Oleh: ROSLI MANAH

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.