saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 30/01/2000

Keistimewaan hutan dalam bandar -- Meninjau hutan hujan tropika FRIM di ibu kota


KESEJUKAN dan kejernihan air terjun di kawasan hutan hujan tropika FRIM ini sesuai untuk tujuan riadah ataupun bersantai.


Boleh dikatakan hampir segenap lapisan warga kota dan juga warga luar kota mengetahuinya. Mungkin juga ada kalangan mereka menjadi pengunjung tetap pada setiap hari atau minggu.

Dengan kehijauan memukau yang meliputi kawasan seluas 1,528 hektar dan terletak kira-kira 16km barat laut Kuala Lumpur atau 1/2 jam perjalanan dari pusat bandar, memberi peluang kepada semua yang ingin mengalami suasana berjalan dalam hutan hujan tropika.

Dikatakan, kawasan FRIM juga dihuni oleh hampir 159 jenis burung dan empat ekor arapaima yang berukuran 6 kaki panjangnya.

Baru-baru ini, saya bersama rakan jurufoto berkesempatan meninjau dan melihat dengan mata sendiri tentang keunikan landskap hutan hujan tropika yang dijaga dengan baik oleh FRIM.

Ternyata bukan hanya terasa damai sekali apabila berada di tengah-tengah rimbunan kehijauan itu tetapi takjub dengan susunan landskap perhutanan FRIM.

Kata Pegawai Perhubungan Awam FRIM yang menemani kami pada hari itu, Jaaffar Ahmad: "Bukan hanya warga tempatan sahaja yang menggemari dan memuji kehijauan FRIM, malah tidak lama dahulu, seorang jurufoto dari program National Geographic turut memujinya. Malah menjadikan kawasan ini sebagai salah satu landskap hutan kami pernah menjadi cover majalah tersebut.

"Cuma yang agak malang sedikit, sistem pengangkutan awam, seperti bas, tidak meletakkan FRIM dalam sistem laluan mereka. Kata mereka, volumennya agak rendah''.

TARIKAN PELANCONG

Walau apa pun kehijauan FRIM tetap berjaya memukau hati pengunjung. Lebih terbukti, semasa kami dibawa meninjau di beberapa tempat sekitar FRIM, kami sering juga berselisih dengan sekumpulan pelancong atau beberapa individu, sama ada sedang berjoging atau sekadar melancong.

Ternyata di sebalik kedudukan FRIM sebagai pusat penyelidikan perhutanan, ia memiliki landskapnya cukup sesuai untuk kita bukan hanya menikmati panorama himpunan flora hutan bahkan sesuai juga bagi tujuan riadah ataupun bersantai.

Pilih sahaja ke mana anda mahu jelajah. Melawati denai hutan secara semula jadi ataupun ingin sesuatu yang lebih memuaskan, mungkin merentas hutan melalui jambatan tergantung. Dari sini, anda boleh menyaksikan pelbagai flora dan fauna liar.

TITIAN GANTUNG

Malah, menurut Jaaffar, titian yang dibina pada tahun 1992 dan sepanjang 200 meter itu, adalah berada pada paras 30 meter dari bumi dan disokong pula oleh pokok besar.

"Antara spesies pokok yang menyokong sistem ini adalah surian baru, merbau, melembu, terap nasi dan meranti nemusu,'' katanya.

Bukan sekadar itu sahaja, tambahnya, dari titian gantung ini, anda boleh melihat hampir keseluruhan bandar raya Kuala Lumpur, termasuklah Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas.

"Berada di titian kanopi tersebut, selain berpeluang melihat penghuni rimba, kita juga dapat melihat panorama bandar raya KL, walaupun dari jauh.

"Tetapi kepada pengunjung harus terlebih beritahu pihak sebelum menaiki titian kanopi. Bukan apa sekadar jaminan keselamatan,'' katanya sambil menunjukkan jambatan tergantung itu.

KEISTIMEWAAN LUAR BIASA

Keistimewaan FRIM tersebut tidak terhenti di situ sahaja. Jelas beliau, sekiranya pengunjung tidak hanya ingin menikmati kehijauan semula jadi hutan hujan tropika tetapi juga ingin mengenali secara lebih dekat flora hutan.

Oleh itu, tambahnya, Denai Alam yang terbahagi kepada empat laluan, iaitu Denai Salleh, Denai Keruing, Trek Rover dan Denai Engkabang, adalah sesuai untuk tujuan tersebut.

"Dalam Denai Alam ini terdapat banyak spesies flora yang pelik dan sukar ditemui. Seperti pokok kasai, kapur, pulai, rattan, tongkat Ali, sesenduk, mengkirai, ubah, tapak hantu dan pokok buah-buahan serta tumbuhan herba.

"Ini tidak termasuk spesies pokok hutan hujan tropika yang FRIM tanam untuk tujuan penyelidikan dan pendidikan,'' katanya.

Untuk menyenangkan pengunjung mengenali spesies flora di Denai Alam tersebut, Jaaffar menyatakan, pihak FRIM telah meletakkan batu penanda di mana spesies flora tersebut berada.

"Lebih menyenangkan lagi, FRIM menyediakan satu pamplet yang lengkap mengenai setiap spesies flora tersebut berasaskan batu penanda yang disediakan,'' tambahnya lagi.

KAWASAN BERSANTAI

Bagaimanapun, katanya, bagi mereka yang mencari tempat untuk beriadah atau bersantai, FRIM turut menyediakan tempat seumpama itu.

"Untuk berkelah dan tujuan menganjurkan hari keluarga, FRIM mempunyai sebuah kawasan air terjun di Sungai Kroh. Mungkin juga, anda seorang yang suka berjoging atau basikal lasak, kami berpendapat tempat tersebut amat sesuai.

"Aktiviti basikal lasak, terdapat jalan tanah yang melengkari Bukit Hari. Bukan hanya menguji kemahiran tetapi juga kebolehan berbasikal,'' katanya.

Untuk bersantai ataupun menikmati panorama FRIM, adalah lebih elok jika anda mempunyai kenderaan sendiri kerana perkhidmatan bas yang singgah di FRIM tidak ada.

Tetapi pihak FRIM tetap berusaha untuk memastikan destinasinya tetap menjadi kunjungan orang ramai. Oleh itu, bagi yang berkereta yang berharga RM20 setahun. Bagi yang gemar berjoging pula, FRIM ada menyediakan pakej yang menarik, iaitu anda hanya perlu membayar RM36 setahun.

Ataupun, jika tidak mahu, untuk sekali masuk anda perlu membayar RM1 atau RM3 untuk berkereta. Tetapi untuk keterangan secara lebih lanjut sila hubungi talian 03-634 2633.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.