saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/02/2000

Mas Idayu pastikan dangdut tidak kecundang


MAS IDAYU.


Penyanyi dangdut popular, Mas Idayu yang agak lama mendiamkan diri tetap akan mempertahankan muzik dangdut walaupun seorang demi seorang penyanyi genre itu meghilangkan diri.

Mas Idayu berkata, dia berazam untuk memastikan lagu dangdut tidak kecundang selagi dia terus bergelar penyanyi, meskipun beberapa rakannya sudah tidak berminat untuk meneruskan perjuangan seni.

''Saya mahu memastikan irama dangdut terus kekal di persadanya yang tersendiri. Ini satu tanggungjawab berat kerana kini hanya beberapa penyanyi dangdut sahaja yang masih aktif,'' katanya lagi.

Katanya, 'persaraan' penyanyi Amelina daripada dunia seni juga dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada dunia dangdut.

Mengimbau kegemilangan dangdut kira-kira tiga tahun lalu, Mas Idayu menjelaskan, mereka terpaksa berusaha keras untuk memecah pasaran album lain yang lebih popular pada ketika itu.

Di saat kegemilangan dangdut, Mas Idayu dan Amelina dilihat sebagai gandingan mantap yang dilahirkan oleh syarikat rakaman Warner Music selain Iwan, Sheeda dan kumpulan Eva.

''Terus terang saya agak kecewa dengan keputusan Amelina untuk bersara. Kami pernah meredah zaman di mana dangdut dianggap sebagai muzik kelas tiga. Kami sama-sama berusaha memartabatkannya supaya diterima ramai.

''Tetapi sekarang, apabila ia sudah mengecapi zaman kegemilangannya dan semakin diterima, Amelina pula hilang dan tidak lagi berminat untuk bersama kami,'' jelasnya.

Bagaimanapun, katanya lagi, ia tidak akan mematikan semangatnya untuk buat apa sahaja bagi memastikan dangdut terus bertahan.

Untuk mempertahankan irama dangdut yang sudah semakin lesu, Mas Idayu mengambil inisiatif untuk melakukan banyak perubahan di dalam album solo terbarunya nanti.

Album solo ini akan membawa banyak perubahan dari segi konsep dan perlaksanaannya kerana ia dijangkakan akan dirakamkan di Mumbai, India.

Mas Idayu dijangka akan berangkat ke sana tidak lama lagi bagi tujuan proses rakamannya.

Peluang merakamkan lagu di India juga dianggap sebagai satu pendekatan untuk memberi nafas baru kepada lagu-lagu berirama sedemikian.

''Kata orang jauh perjalanan luas pandangan. Jadi, apa salahnya kalau sesekali kita merantau ke negara orang untuk mencari idea baru.

''Kita harus suntikkan sesuatu yang baru di dalam setiap album agar irama yang kita bawa terus bertahan,'' katanya lagi.

Mengenai ura-ura menggandingkannya dengan pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan dalam sebuah lagu, Mas Idayu memberitahu, usaha itu tetap diteruskan oleh syarikat rakaman Warner Music.

Walaupun berhadapan pelbagai masalah kerana pelakon itu dikatakan sibuk dengan filem-filem lakonan terbarunya, Mas Idayu juga tetap berharap usaha itu akan menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, katanya, rancangan untuk menyanyi duet dengan Shah Rukh belum dapat dilaksanakan dalam waktu terdekat ini.

''Saya telah diberitahu oleh syarikat rakaman mengenai perkara itu,'' katanya.

Kata Mas Idayu lagi, dia terpaksa bersabar untuk merealisasikan hasrat untuk berduet dengan aktor paling popular India itu.

Memandangkan album yang akan menampilkan lagu duet ini belum bermula, penyanyi itu merancang untuk muncul dengan album solonya terlebih dahulu.

Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.