saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 09/02/2000

Ismail saingan utama Choong Hann -- Badminton Kebangsaan Grand Prix akhir

PEMAIN utama negara, Wong Choong Hann dijangka akan diberi tentangan hebat oleh seorang lagi pemain negara, Ismail Saman apabila mereka bertemu dalam pusingan awal kumpulan A di Kejohanan Badminton Kebangsaan Proton-EON Grand Prix (GP) akhir di Dewan NSCRC, Seremban pada 17 hingga 20 Februari ini.

Juara bertahan itu turut berhadapan dengan dua pemain lain dalam kumpulan yang sama, Lim Thean Teow dan Sairul Amar Ayob.

Pertemuan dua pemain ini sudah pasti menjadi perhatian kepada para peminat badminton selepas mereka bertarung di peringkat antarabangsa pada Terbuka Korea dan Taiwan pada bulan lalu.

Ismail mengatasi juara Sukan Komanwel itu pada peringkat suku akhir di Terbuka Korea setelah lawannya mengalami demam panas.

Bagaimanapun Choong Hann berjaya menebus kekalahannya dengan bangkit menewaskan Ismail di peringkat sama pada Terbuka Taiwan.

Pengerusi penganjur kejohanan, David Wee berkata, GP kali ini adalah bagi musim 1999 yang tidak dapat diadakan pada tahun lalu berikutan jadual pertandingan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang ketat.

Beliau berkata, seorang lagi pemain kebangsaan, Yong Hock Kin pula berada dalam kumpulan B bersama Ramesh Nathan, Yap Yong Jyen dan Alvin Chew manakala Kumpulan C terdiri daripada Ong Ewe Hock, Jason Wong, Lee Tsuen Seng dan Allan Tai.

Roslin Hashim pula akan beraksi dalam kumpulan D bersama James Chua, Yeoh Kay Bin dan Siew Yian Wai.

''Setiap juara kumpulan acara perseorangan lelaki terbuka akan mara di peringkat separuh akhir manakala bagi acara lain, juara dan naib juara kumpulan layak ke separuh akhir,'' katanya di Seremban semalam.

Bagi acara beregu pula, David memberitahu, pasangan utama negara, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah diletakkan dalam kumpulan A bersama pasangan Rosman Razak-Chaw Choon Eng, Pang Chen Chang-Cheah Soon Thoe dan Yeoh Kay Bin-Kuan Beng Hong.

Kumpulan B akan disertai oleh pasangan Chan Chong Ming-Jeremy Gan dan Ng Kean Kok-Toe Kok Seng bersama Lee Chee Leong-Chong Kim Wai, Gan Teik Chai-Tan Chin Lee. Selain acara perseorangan dan beregu lelaki, turut dipertandingkan pada kejohanan kali ini ialah acara perseorangan wanita terbuka, beregu wanita terbuka dan beregu campuran.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.