saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/02/2000

Konsert Siti di Singapura 18 Mac


SITI NURHALIZA


Siti Nurhaliza menganggap kesediaan penonton di Singapura membelanjakan antara RM110 hingga RM660 seorang untuk menonton konsertnya adalah kejayaan bagi artis tempatan lagu-lagu yang bercorak kemelayuan.

Walaupun tidak menafikan harga tiket yang semahal itu disebab popularitinya tetapi yang penting lagu-lagu yang mempunyai akar tradisi Melayu mampu memikat penonton luar negara.

Ini kerana dia percaya penonton yang datang tidak sekadar mahu menyaksikan kehadiran penyanyi dari dekat tetapi juga didorong oleh penghayatan mereka terhadap lagu-lagu yang dinyanyikan dalam sesebuah konsert.

Siti Nurhaliza akan mengadakan konsert solo di Harbour Pavillion, Singapura pada 18 Mac depan.

Bagi Siti Nurhaliza, mengadakan konsert di luar negara seperti ini adalah peluang keemasan untuk membawa lagu Melayu keluar daripada lingkungan tempatannya.

Sebelum ini dia telah membuktikan kejayaannya dalam konsert yang diadakan di Stadium Bukit Jalil tahun lalu.

Difahamkan kejayaan konsert yang dihadiri oleh lebih 10,000 penonton itu telah mendorong beberapa penganjur pertunjukan pentas di Singapura untuk mengundangnya membuat persembahan di sana.

Ketika ini Siti Nurhaliza adalah salah seorang penyanyi paling digemari di Singapura. Kejayaannya dalam beberapa pertandingan di negara ini telah menarik minat penonton di sana yang sebelum ini hanya mengikuti menerusi TV dan media cetak sahaja.

Penyanyi ini memberitahu, untuk konsert ini dia akan menyanyikan 27 buah lagu termasuk segmen khas untuk Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Bagaimanapun kata Siti Nurhaliza, dia tidak pernah menuntut bayaran tinggi untuk konsertnya di Singapura. Sebaliknya merasa bangga kerana peminat di sana sanggup membelanjakan wang mereka untuk menonton persembahannya yang bercorak kemelayuan itu.

''Saya tidak tahu pasal harga tiket. Mungkin penganjur terpaksa membelanjakan kos yang besar untuk memastikan konsert ini berjaya. Tetapi saya terharu kerana kesanggupan mereka mengeluarkan wang menonton konsert itu,'' ujar Siti Nurhaliza.

Dia berjanji akan memberi persembahan yang terbaik seperti yang telah ditunjukkan dalam konsert di Bukit Jalil dulu.

''Saya ingin buktikan bahawa lagu-lagu Melayu terutamanya yang berentak tradisional juga mampu menarik minat penonton,'' tegasnya.

Siti Nurhaliza akan berada dua hari lebih awal di Singapura untuk menjalani latihan bersama dengan tujuh pemuzik, penyanyi latar dan lapan penari.

Kali ini Ramli M.S dipertanggungjawab untuk menjadi pengarah muzik sementara Suhaimi Mohd. Zain bertindak sebagai pengarah persembahan.

Siti Nurhaliza yang sedang giat mempromosi album tradisional, Sahmura akan menambahkan bilangan lagu-lagu berentak tradisi dalam konsertnya itu nanti.

Sementara itu Rozie Abdul Razak, yang bertindak sebagai pembantu peribadi Siti Nurhaliza berkata, lagu-lagu tradisional ditambah kerana kelahiran album Sahmura.

''Semasa konsert di Bukit Jalil, album Sahmura belum siap lagi. Sekarang ini dia ingin ketengahkan lagu-lagu daripada album Sahmura pula,'' kata Rozie.

Selain dari album Sahmura, album Konsert Live Siti Nurhaliza juga sedang dijual di pasaran. Walaupun dua albumnya berada di pasaran serentak, penyanyi itu tidak rasa tergugat.

Ini jelas terbukti lagu-lagu dendangan Siti Nurhaliza daripada dua album tersebut dan juga album, Pancawarna, masih lagi menduduki tangga carta lagu-lagu popular.

Oleh: KHADIJAH IBRAHIM

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.