saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/02/2000

Pak Lah Ketua Whip BN di Parlimen

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilantik menjadi Ketua Whip Barisan Nasional (BN) di Parlimen.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Whip I, manakala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Rais Yatim Timbalan Ketua Whip II.

Demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar kepada Rais, Syed Imran Syed Ahmad di sini, hari ini.

Kenyataan itu menyebut, BN juga telah melantik enam wakil yang lain sebagai Pembantu Whip iaitu Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Mohamed Nazri Tan Sri Aziz, Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Khaled Nordin dan Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Noh Omar.

Tiga lagi Pembantu Whip BN ialah anggota Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad, Datuk Dr. Jamaluddin Jarjis (BN-Rompin) dan Ahmad Husni Hanadzlah (BN-Tambun).

Whip memainkan peranan penting dalam mengendalikan urusan di Parlimen terutamanya apabila melibatkan soal pengundian mengenai sesuatu isu.

Sehubungan itu, bagi memastikan parti mendapat undi yang maksimum tanpa tentangan daripada pihak pembangkang, whip harus memainkan peranannya memastikan ahlinya menghadiri sidang Parlimen.

Di antara tugas utama whip termasuklah memastikan ahli Parlimen dimaklumkan tentang urusan Parlimen pada masa-masa akan datang.

Ia juga bertanggungjawab mengekalkan undi parti dengan memastikan ahli-ahlinya menghadiri perbahasan mengenai sesuatu isu penting dan menyokong parti di Parlimen.

Dalam masa yang sama, whip juga harus memaklumkan kepada pemimpin tertinggi parti apa sahaja mengenai pandangan kelab penyokong kerajaan.

Di samping itu, istilah whip itu juga antara lain meliputi pekeliling mingguan oleh setiap ketua whip kepada ahli-ahli Parlimen untuk memaklumkan kepada mereka tentang urusan di Parlimen.

Oleh: ROSNI HASSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.