saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 20/02/2000

Choong Hann, Roslin ke akhir

ROSLIN Hashim terpaksa bekerja keras sehingga set penentuan sebelum mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Proton-EON Grand Prix Akhir di Kelab Rekreasi China Negeri Sembilan (NSCRC), Seremban semalam.

Pemain Selangor itu yang kali terakhir ke pertandingan akhir pada tahun 1996 berjaya mengalahkan Ong Ewe Hock untuk bertemu pemain utama negara yang juga juara bertahan, Wong Choong Hann mengalahkan Yong Hock Kin.

Set pertama menyaksikan Roslin mendahului 5-2 sebelum Ewe Hock mengejar untuk menyamakan kedudukan pada 5-5 tetapi Roslin yang menunjukkan permainan yang baik berjaya mengutip mata untuk mendahului 8-7.

Ewe Hock yang tidak berputus asa kemudian berjaya memintas Roslin 12-11, bagaimanapun Roslin yang sering melakukan serangan dengan smash tajam menamatkan set pertama dengan 15-13.

Set kedua menyaksikan Ewe Hock yang melakukan hantaran- hantaran pendek dengan sering bermain di jaring, memaksa Roslin melakukan beberapa kesilapan dengan memberikan mata-mata mudah kepada Ewe Hock sebelum kalah 4-15.

Set penentuan menyaksikan kedua-dua pemain sering mengejar antara satu sama lain sehingga pada satu ketika kedua-duanya terikat 9-8 sebelum Roslin meneruskan kemaraan untuk mengutip mata ke-10 dan terus menamatkan pemainan 15-9.

Sementara itu, Choong Hann menepati ramalan untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas mengalahkan Yong Hock Kin dengan straights set, 15-12 dan 15- 10.

Hock Kin nyata tidak mampu menandingi servis pantas Choong Hann yang kini merupakan pemain ketiga terbaik dunia berdasarkan kedudukan rangking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa pada 17 Februari lepas.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.