saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/02/2000

Cecupak berusaha keras supaya dikenali


KUMPULAN CECUPAK.


KUMPULAN Cecupak yang sentiasa dibayangi populariti Senario berusaha keras menempatkan diri mereka setanding dengan kumpulan itu.

Bahkan, jalan terbaru untuk ke arah itu ialah tampil dengan album yang memuatkan lagu-lagu yang agak sensasi mengenai warga pendatang di negara ini.

Misalnya, menerusi lagu Bor...Bor...Bor iaitu mengenai luahan hati warga pendatang.

Jelas Cecupak, lagu tersebut memang dicipta khas untuk kaum pendatang sebagai saluran untuk mereka menyatakan terima kasih kepada kerajaan negara ini.

''Kami bukan mewakili warga pendatang, tetapi senikata lagu itu memberi gambaran sebenar isi hati mereka.

''Apa yang terdapat dalam lagu itu adalah kutipan pengalaman hidup warga pendatang yang sempat ditemu bual oleh si penulis lagu,'' kata mereka lagi.

Malahan, Cecupak seterusnya memberitahu, rakyat negara ini sepatutnya berasa bertuah kerana mereka tidak perlu mencari rezeki di negara lain.

''Lagipun lagu itu adalah sebagai strategi untuk menarik perhatian masyarakat pendatang membeli album Cecupak,'' kata salah seorang ahli kumpulan itu, Jaih.

Bagaimanapun, lagu tersebut tidak mendapat kelulusan RTM untuk siaran radio kerana bersangkut-paut dengan liriknya.

Selain itu, lagu Keroncong Gigi Merah, Jangan Main Lantak dan Gigi Dan Lidah juga turut tidak mendapat kelulusan untuk sebab yang sama.

Album yang berjudul Cecupak itu telah berada di pasaran sejak Januari lalu.

Menurut Cecupak, album yang diterbitkan oleh Pak Pandir, Usop dan Izat Redang pasti dapat menarik perhatian ramai kerana lagu-lagu yang dipersembahkan terdiri daripada pelbagai rentak seperti joget, rap dan 60-an.

Setiap anggota iaitu Ropi, Pak Jaih, Pak Lah, Ucop dan Pian diberi peluang menyanyi solo dalam sebuah lagu dan lagu nyanyian ramai, Joget Kenduri Kahwin. Mereka juga telah menghasilkan lirik untuk lagu Joget Kenduri Kahwin, Rap Melayu dan dan Keroncong Gigi Merah.

Walaupun Cecupak menampilkan konsep humor di waktu yang sama mereka juga menitikberatkan unsur nasihat dan teguran kepada para pendengar.

''Kami mahu orang berubah sikap apabila mendengar lagu-lagu Cecupak. Jika dalam 10, ada seorang pendengar yang berubah menjadi baik, itu adalah satu permulaan yang baik bagi kami yang masih baru ini,'' jelas mereka.

Cecupak juga menolak dakwaan yang mengatakan mereka meniru kumpulan Senario. Menurut Cecupak, penampilan mereka dengan kumpulan Senario adalah jauh berbeza.

''Orang sering membandingkan Cecupak dengan Senario kerana kemunculan mereka selepas Senario. Jika sebaliknya berlaku, tentu orang kata, Senario yang tiru Cecupak.

''Begitu juga apabila Cecupak mengatakan hasrat untuk berlakon filem. Tidak terlintas langsung di hati kami untuk menggunakan judul yang sama seperti Senario,'' ujar mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.