saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/03/2000

Filem Lt. Adnan: Azri Iskandar disingkir

PEMEGANG watak utama filem sejarah perang Lt. Adnan, Azri Iskandar disingkir daripada filem itu kerana didakwa menghadapi masalah disiplin.

Pengarah filem itu, Aziz M. Osman ketika mengumumkan penyingkiran pelakon itu kelmarin, berkata, keputusan itu dibuat selepas pelakon berkenaan tidak menunjukkan komitmen dan minat yang mendalam terhadap filem itu.

Filem Lt. Adnan yang dianggarkan menelan kos RM2.5 juta itu kini sedang rancak dalam penggambarannya di Seputeh, Batu Gajah, Perak.

Menurut Aziz, penyingkiran Azri dipersetujui oleh tiga penerbit filem itu.

Filem itu diterbitkan bersama oleh Kementerian Pertahanan, Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB) dan Paradigm Film.

Keputusan itu diambil dengan persetujuan semua penerbit dan pelakon yang turut terjejas di dalam filem itu ekoran kerenah pelakon berkenaan yang memegang watak utamanya.

''Kami telah menyerahkan surat penggugurannya (Azri) dalam filem itu,'' kata Aziz pada sidang akhbar tergempar kelmarin.

Aziz yang bertindak sebagai jurucakap kepada penerbit-penerbit itu berkata, keputusan itu diambil selepas mereka memikirkan pelbagai perkara yang membabitkan filem dan pelakon itu sendiri.

Menurut Aziz, ekoran daripada pengguguran pelakon itu, dia terpaksa merakamkan semula 12 adegan di dalam filem itu yang telah dilakonkan oleh Azri.

Pelakon Hairie Othman dipilih menggantikan Azri.

Selain masalah tersebut, dakwa Aziz lagi, Azri juga membuat permintaan yang tidak berkaitan di dalam kontrak lakonannya.

Aziz juga mendakwa, pelakon itu mempunyai sikap yang sukar difahami dan tindakannya susah dijangkakan.

Aziz berkata, keputusan tersebut dibuat setelah Azri gagal memberikan kerjasama untuk menjalani penggambaran sejak Jumaat lalu.

''Sejak hari pertama penggambaran pada 10 Februari lalu, Azri telah membuat masalah termasuk mengamuk di lokasi.

''Namun, kami masih bertolak ansur setelah dia berjanji akan memberi kerjasama setelah mengadakan perbincangan,'' jelas Aziz lagi.

Ditanya mengenai sebarang tindakan ke atas Azri, Aziz berkata, pihak mereka akan meminta balik bayaran yang telah dibuat kepada pelakon itu. Azri telah menerima sebahagian daripada bayaran yang dipersetujuinya.

Ditanya sama ada tindakan saman akan diambil ke atas Azri, Aziz seterusnya memberitahu, dia masih belum memutuskan lagi mengenainya.

Aziz menganggap tindakan Azri itu merugikan dirinya sendiri kerana dia seorang pelakon berbakat besar dan mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang lakonan.

Filem sejarah itu memaparkan kisah wira negara, Leftenan Adnan semasa Perang Dunia Kedua ketika mempertahankan Bukit Chandu daripada serangan tentera Jepun.

Oleh: ROSLI MANAH

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.