saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 05/03/2000

Ramesh, James ke akhir

PEMAIN pelapis Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ramesh Nathan mara ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Satelit Malaysia buat kali ketiga berturut-turut setelah menewaskan pilihan kedua pertandingan, Yap Yong Jyen di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, semalam.

Ramesh, pemain pilihan 3/4 menang mudah 15-5 pada set pertama tetapi terpaksa beraksi hingga ke set penentuan setelah Yong Jyen yang ketinggalan 14-11 di set kedua bangkit untuk memenangi set itu dengan 17-14.

Yong Jyen yang masih dihantui masalah kecederaan cuba bangkit pada set ketiga namun tiket ke pusingan akhir menjadi milik Rames setelah dia menang 15-9.

''Ini merupakan kemenangan kedua saya ke atas Yap setelah mengalahkannya di Grand Prix akhir kebangsaan, bulan lepas dan kali ketiga mara ke pusingan akhir kejohanan satelit ini.

''Saya berharap untuk merangkul gelaran juara di sini setelah tiga kali mengakhiri pertandingan sebagai naib juara,'' katanya yang masih belum memenangi sebarang kejuaraan sejak menyertai skuad pelapis pada 1996 walaupun telah lima kali melangkah ke pusingan akhir kejohanan tempatan.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur itu akan membuat perhitungan terakhirnya dengan pilihan pertama pertandingan, James Chua yang mempamerkan prestasi mantap sepanjang kejohanan bernilai RM20,100 itu.

James, juara Kejohanan Satelit Malaysia 1998 mara ke pusingan akhir setelah menewaskan Sairul Amar Ayob, 15-9, 15- 6 yang gagal menyesuaikan diri dengan keadaan panas di gelanggang.

Pertemuan kedua-dua pemain di pusingan akhir merupakan yang ketiga selepas Sukma di Selangor dan Kejohanan Satelit di Ipoh pada 1998 yang memihak kepada James.

''James mempunyai kelebihan berdasarkan rekod pertandingn, tetapi semuanya bergantung kepada prestasi kami esok (hari ini),'' ujar Ramesh.

Sementara itu, dua pemain perseorangan wanita negara, Ng Mee Fen dan juara bertahan, Woon Sze Mei akan bertemu di pusingan akhir setelah masing-masing menyingkirkan pemain Singapura.

Mee Fen, pemain pilihan pertama mara setelah menewaskan Xiao Luxi 11-6, 11-7 sementara Sze Mei , pilihan kedua menumpaskan Fatima Kumin Lim 4-11, 11-4, 11-0.

Dua beregu wanita negara, gandingan Lim Pek Siah-Joanne Quay dan Chor Hooi Yee-Ang Li Peng juga akan bertemu di pusingan akhir setelah masing-masing menang ke atas pasangan Singapura.

Pek Siah-Joanne menewaskan gandingan Fatimah-Xiao Luxi 15- 3, 15-11 sementara Hooi Yee-Li Peng yang muncul naib juara tahun lalu menyingkirkan gandingan Liu Fan-Foo Shui Yen 15-6, 15-11.

Perlawanan akhir beregu lelaki juga mempertemukan dua pemain negara setelah Lee Chee Leong-Pang Cheh Chang menewaskan rakan sepasukan Gan Teik Chai-Tan Chin Lee 15-3, 15-8 dan Charles Khoo-Khoo Kok Kheng menumbangkan beregu China, gandingan Li Ling-Ran Chao 17-16, 15-1.

Oleh: SRY ANGRENI MOHD. ZET

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.