saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 06/03/2000

Nama Kamsis ditukar kepada kolej

Kata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UKM, Prof. Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh, perkataan kolej dianggap lebih sesuai kerana ia dikaitkan dengan institusi ilmu, lambang kedinamikan serta persaingan.

"Nama kolej juga digunakan secara sejagat di serata dunia,'' ujarnya.

UKM pernah menggunakan nama kolej semasa ia ditubuhkan di Jalan Pantai Baru pada 19 Mei 1970.

Selain itu, Wan Hashim juga mengumumkan, Kolej Alumni UKM yang selesai dibina tahun lalu, akan diberi nama sempena Sasterawan Negara Keris Mas (Kamaluddin Muhammad).

Kolej Bangi pula akan diberi nama Sheikh Mohd. Idris al-Marbawi sementara Kolej di Jalan Pahang, Kuala Lumpur - yang sekarang dikenali Kampung Siswa Tun Dr. Ismail - pula diberi nama Tun Syed Nasir Ismail.

Bagaimanapun, penggunaan tiga nama tokoh itu ditangguh pelaksanaannya buat sementara sehingga mendapat izin bertulis daripada waris terdekat mereka.

Menurut Wan Hashim, inilah kali pertama nama seorang Sasterawan Negara dan seorang tokoh ulama Malaysia diabadikan pada kolej kediaman.

"Nama Tun Dr. Ismail akan diabadikan pada kolej kediaman baru di Hospital UKM di Cheras,'' katanya.

Nama-nama baru serta pindaan nama itu dipersetujui pada Mesyuarat Lembaga Pengarah UKM baru-baru ini, tambah Wan Hashim.

UKM agak konsisten dalam memberi nama kepada kolej kediaman, iaitu terdiri daripada tokoh-tokoh kebangsaan abad ke-20.

Nama-nama yang digunakan sehingga hari ini ialah Datuk Onn (Kolej A), Aminuddin Baki (Kolej B), Ungku Omar (Kolej C), Burhanuddin Al-Hilmy (Kolej D), Ibrahim Yaacub (Kolej E), Rahim Kajai (Kolej F), Ibu Zain (Kolej G), Tun Hussein Onn (Kolej Z) dan Tun Dr. Ismail (Kampus Cawangan Kuala Lumpur).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.