saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 08/03/2000

Iwan tetap setia dengan dangdut

WALAUPUN irama dangdut kini semakin tenggelam ditelan peredaran waktu, namun komposer dan penyanyi Iwan tetap tidak berganjak memperjuangkan muzik genre itu.

Dengan keyakinan irama itu masih disukai oleh peminat muzik tanah air, Iwan tampil dengan album kompilasi berjudul Best Of The Best Dangdutnya Iwan yang membuatkan lagu-lagu popularnya.

Album itu telah dipasarkan baru-baru ini. Lagu-lagu itu dipetik daripada album Iwan, Dunia Dangdut Superduet Hits '98 dan album Memang Enak.

Penyanyi yang banyak mencungkil bakat penyanyi dangdut wanita muda tempatan itu, masih mengharapkan peminat setia dangdut tetap bersamanya untuk menaikkan semula irama tersebut yang pernah menguasai persada muzik tanah air, baru-baru ini.

Ini berikutan kegilaan terhadap dangdut tampak semakin berkurangan ekoran muncul muzik rock metal popular yang mula menguasai pasaran.

Seperti juga album-album terdahulu, Iwan juga turut menampilkan penyanyi tempatan, Shaila Nair sebagai pasangan duetnya dalam lagu Semua Untukmu dalam album Memang Enak.

Shaila merupakan seorang penyanyi Tamil yang cukup popular di kalangan peminatnya di tanah air.

Shaila juga turut terbabit dalam pembikinan klip video Semua Untukmu yang telah dibuat dalam versi Melayu dan Tamil.

Album Iwan ini turut memuatkan lagu-lagu popularnya daripada album dangdutnya, Iwan, Dunia Dangdut Superduet Hits '98.

Lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album Best Of The Best Dangdutnya Iwan ialah Semua Untukmu, Satu Cinta, Senada Cinta, Dasar Bodoh, Jangan Tinggal Aku, Aaja Tu Bahon Mein, Yang Sedang-Sedang Saja, Saling Percaya, Apa Iya, Aku Cinta Padamu, Demam Asmara dan Yella Mey Unakaga.

Ia juga turut memuatkan dua bonus track terbaru iaitu Lirik-Lirik Menarik dan Bas Cinta.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.