saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 08/03/2000

Iklan bantu Siti promosi diri

PENYANYI Siti Nurhaliza menganggap kemunculannya dalam beberapa iklan membantu karier seninya sebagai promosikan diri.

Iklan yang kerap disiarkan di stesen-stesen televisyen secara tidak langsung mengingatkan penonton kepada dirinya.

Lantaran itu, dia sedia menerima beberapa tawaran untuk menjadi model iklan barangan tertentu, kata penyanyi itu.

''Saya juga akan sentiasa dekat dengan peminat apabila iklan yang menampilkan saya disiarkan,'' kata Siti Nurhaliza pada majlis memperkenalkannya sebagai personaliti terbaru minuman ringan Pepsi.

Siti muncul sebagai penyanyi ketiga yang menandatangani kontrak iklan itu untuk tahun 2000 setelah penyanyi antarabangsa Ricky Martin dan penyanyi Hong Kong Aaron Kwok.

''Bayaran yang diterima bukanlah perkara utama sebaliknya saya juga memikirkan manfaat yang saya peroleh dari segi promosi,'' ujarnya lagi.

Siti akan muncul dalam dua versi iklan Pepsi iaitu berbahasa Inggeris dan bahasa Malaysia selain iklan radio dan media cetak.

Dia berharap pembabitannya di dalam iklan akan membawa dirinya lebih jauh dalam dunia seni, malah dapat melangkah ke luar negara.

Menerusi iklan barangan keluaran antarabangsa, dia berharap namanya akan dikenali dengan lebih meluas, katanya lagi.

Selain iklan itu, Siti juga akan muncul dalam iklan beberapa barangan kecantikan yang telah dimeterainya sejak beberapa tahun lalu.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Pepsi-Cola, Kenneth Chan berkata, pemilihan Siti sebagai bintang terbaru minuman Pepsi kerana kedudukannya sebagai penyanyi paling popular.

Menurut Kenneth, pihaknya telah membuat kajian beberapa nama artis negara ini dan mendapati Siti adalah penyanyi yang menjadi pilihan golongan remaja.

''Daripada kajian yang dibuat, 44 peratus remaja di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya mengatakan Siti adalah artis paling diminati,'' jelas Kenneth lagi.

Sementara itu, peraduan Ask For More Music Pepsi yang diadakan mulai 9 Mac hingga 30 April turut diadakan dengan melibatkan model mereka.

Dalam perkembangan lain, Siti turut berkata, dia masih dengan pendiriannya untuk tidak membabitkan diri dalam lakonan, walaupun mendapat tawaran sehingga RM1 juta untuk membintangi filem Jerat Percintaan.

''Saya hanya melakukan apa yang saya mampu dan setakat ini saya tidak nampak kemampuan saya dalam lakonan,'' tegas Siti.

Siti juga berharap keputusannya itu tidak akan membuatkan pihak terbabit menyalah anggap pendiriannya itu, kata Siti lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.