saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/03/2000

Gandingan pelakon popular


JASMIN HAMID.


Suratman-Sepi Seorang Perindu berkisar kepada dua watak yang kontras.

Seperti dalam filem lain, kisah lelaki misteri yang tergila-gilakan seorang wanita cantik yang menjadi pujaan kerap difilemkan khususnya lebih bercorak thriller.

Bagaimanapun, dalam telefilem ini, ia memaparkan watak seorang pemuda yang mempunyai keinginan besar untuk diminati oleh seorang wanita yang menjadi idamannya.

Suratman-Sepi Seorang Perindu mengesahkan se-orang pemuda kampung yang bisu, Suratman, lakonan Jalil Hamid tergila-gilakan seorang pelakon wanita jelita, Maria, yang dipegang oleh Jasmin Hamid yang datang di kampungnya untuk membuat penggambaran sebuah drama televisyen.

Gandingan mantap beberapa pelakon popular tanah air di dalam telefilem ini dijangka menguatkan naratif telefilem ini keseluruhannya.

Antara pelakon lain ialah Zaidi Omar sebagai kekasih Maria, Sheila Mamboo sebagai Ijah, Normah Damanhuri sebagai Rubiah dan lain-lain.

Di kampung itu, pemuda itu telah memberi layanan dan perhatian yang melampau kepada pelakon wanita itu sehingga hilang pertimbangan diri.

Orang kampung menganggap Suratman sebagai gila kerana memberi perhatian istimewa kepada pelakon wanita itu yang akhirnya kehilangan akal.

Ekoran itu, Suratman hendak membakar sebuah rumah yang didirikan olehnya untuk pelakon wanita itu dan tindakan itu menakutkan penduduk kampung.

Lantaran itu, Suratman diikat dan dikurung sehingga pelakon wanita itu datang melepaskannya dan berjanji akan berkahwin dengannya.

Telefilem ini diterbitkan buat pertama kali oleh PLSB Media & Network Sdn. Bhd. Kulim, Kedah.

Pelancaran telefilem ini telah dilakukan oleh Presiden Seniman, Aziz Singah di syarikat itu, baru-baru ini.

Selain di Kulim, penggambaran telefilem itu juga turut dijalankan di beberapa lokasi menarik di sekitar Pulau Pinang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.