saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 16/03/2000

MPPJ berazam ke Piala FAM

MAJLIS Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) meletakkan sasaran melayakkan diri ke Kejohanan Piala Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang akan bermula Mei ini.

Jurulatihnya, Reduan Abdullah berkata, kejayaan MPPJ muncul juara Liga Selangor merupakan permulaan kemaraan pasukan itu dalam sukan bola sepak tempatan.

''Pasukan ini telah dipilih untuk menyertai kelayakan Piala FAM setelah muncul juara di Liga Selangor.

''Ia satu permulaan dan kami mahu menggunakan peluang ini untuk melayakkan diri ke Piala FAM tahun ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara MPPJ dengan Puma Hagermeyer Lifestyle (M) Sdn. Bhd.

Mengikut memorandum itu, Puma akan menaja jersi pasukan MPPJ bernilai RM40,000. MPPJ yang mempunyai stadium sendiri sebagai gelanggang latihan turut memperuntukkan sejumlah RM200,000 bagi membiayai perbelanjaan pasukan.

Komitmen majlis itu dan pemain yang berusia dalam lingkungan 25 tahun meyakinkan Reduan bahawa pasukan itu mampu menjadi salah satu pasukan di perdana dua dalam masa empat tahun lagi.

Menurut Reduan, walaupun tidak diwakili pemain popular dan dengan peruntukan belanjawan yang sederhana, beliau yakin MPPJ mampu mendapat salah satu daripada tujuh tiket ke perlawanan utama Piala FAM itu.

Kebanyakan pemain MPPJ terdiri daripada pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang diambil secara kontrak di samping beberapa pemain kelab lain selain empat wakil daripada majlis tersebut.

Sebanyak 15 pasukan akan beraksi di pusingan kelayakan Piala FAM yang akan berlangsung 2-8 April bagi merebut tujuh tempat ke perlawanan utama yang bermula Mei depan.

Sementara itu, pengurus pasukan MPPJ, Mohd. Yusuf Shamsuddin mengakui saingan sengit di pusingan kelayakan dijangka datang daripada pasukan Kelantan, Kedah, Johor dan Pulau Pinang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.