saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/03/2000

Mas Idayu mahu bawa dangdut ke luar negara


MAS IDAYU.


Suatu ketika dulu, dangdut begitu gah di persada muzik tempatan, jualan album penyanyinya paling kurang mencecah angka 50,000 unit.

Sekarang dangdut seperti kehilangan sengatnya, mungkinkah muzik ini akan terus lupus seperti muzik yang pernah menjadi kegilaan suatu ketika dulu seperti rap.

Bila ditanya kepada Mas Idayu, dia kini mengakui memikul beban untuk mengangkat kembali muzik dangdut, tambahan pula rakan seperjuangannya Amelina dan Sheeda telah mengambil keputusan untuk melupakan bidang nyanyian.

''Bagi Ayu muzik tidak akan lupus, walau apa jua jenisnya, cuma dalam keadaan sekarang Ayu tidak nafikan perkembangan muzik dangdut agak perlahan dan tidak serancak sebelum zaman kemelesetan ekonomi,'' jelas penyanyi yang popular dengan lagu Bolehlah Boleh dan Cinta 100%.

Tambahnya, kurang promosi membabitkan artis baru yang turut mendendangkan muzik dangdut menjadi antara sebab.

Beberapa rangkaian radio swasta yang tidak mahu menyiarkan lagu-lagu dangdut dan menganggap ia muzik kelas bawahan juga menjadi faktor kenapa irama dangdut agak sepi kini.

Pada waktu yang sama, Mas Idayu turut melahirkan rasa kecewanya apabila ada beberapa rangkaian radio mengambil keputusan tidak menyiarkan lagu-lagu dangdut di stesen mereka.

''Kadang-kadang ia bagaikan satu budaya dalam masyarakat kita yang sering memandang rendah pada satu-satu perkara.

''Cuma dalam satu keadaan di mana kejayaan dicapai di negara luar, barulah masyarakat hendak membuka mata, sekarang azam Ayu hanya satu iaitu mahu membawa muzik dangdut kepada dunia luar. Ayu yakin muzik dangdut tempatan boleh menempa nama dipersada antarabangsa,'' ujarnya penuh azam.

Menurut Mas Idayu lagi, walaupun jualan album artis yang mendendangkan lagu dangdut tidak sehebat dulu, tetapi dia percaya syarikat rakaman masih memperoleh keuntungan daripada muzik berkenaan.

''Jualan album dangdut masih dipengaruhi faktor ekonomi, semenjak ekonomi meleset jualan album termasuk album dangdut turut terjejas dan ia berlaku hingga kini,'' jelasnya.

Menyentuh mengenai aktiviti terbaru, Mas Idayu kini dalam proses pemilihan lagu.

''Kali ini, Ayu akan muncul dengan konsep baru, kerana itu memang sudah menjadi prinsip Ayu yang mahu muncul dengan sesuatu yang baru dan menarik. Cara ini juga dapat mengelakkan peminat Ayu daripada rasa bosan,'' ujarnya.

Bagaimanapun, Mas Idayu merahsiakan konsep yang dipilih kerana mahu menjadikan ia sebagai satu kejutan kepada para peminatnya.

Oleh: RUDY IMRAN SHAMSUDIN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.