saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 26/03/2000

Mas Idayu -- Ratu Gelek 45 Darjah


MAS IDAYU... saya dan dangdut adalah sinonim bagai irama dan lagu.


Malah, ada di kalangan peminat dangdut melahirkan pendapat bahawa pemergian Amelina daripada dunia dangdut membawa sekali kehebatan irama itu.

Seolah-olah selepas Amelina tiada lagi penyanyi yang layak menduduki takhta Ratu Dangdut. Selepas Amelina, kononnya tiada lagi keghairahan terhadap dangdut.

Apa pun sentimen yang dilemparkan masyarakat mengenai dangdut, ia tidak pernah menginjak walau seinci pun semangat Mas Idayu iaitu penyanyi dangdut yang kini boleh dipanggil Ratu Dangdut Malaysia menggantikan tempat Amelina.

Dia yang lebih senang dengan panggilan Ayu mempertahankan populariti irama tersebut.

Dalam perbualan dengan Pancaindera baru-baru ini, Ayu yang seronok berbicara soal dangdut berkata, dia memang menyedari hakikat bahawa ramai yang khuatir mengenai nasib irama itu selepas ketiadaan Amelina.

"Memang ramai yang bimbang sama ada dangdut dapat bersaing dengan irama lain di alaf baru ini.

"Mereka berpendapat tentu sekali dangdut akan mengalami perubahan kerana situasi kehidupan masyarakat di alaf baru turut berubah selaras dengan perkembangan teknologi maklumat,'' katanya.

Menurut Ayu, semua telahan itu tidak akan mendorongnya 'menguburkan' dangdut yang telah mendarah daging dalam dirinya sejak sekian lama.

Dengan jujur Ayu berkata, dia tidak nampak kenapa irama dangdut perlu dipinggirkan, sedangkan pada waktu yang sama peminat muzik tanah air sedang dilanda demam Bollywood.

"Saya akan tetap meneruskan perjuangan mempertahankan irama dangdut dan menaikkan imej irama ini,'' katanya bersungguh-sungguh.

Untuk merealisasikan impiannya itu, dia memerlukan sokongan dan komitmen semua rakan artis yang terlibat dengan irama itu.

Kalau kita berbicara soal dangdut dengan Ayu, jelas sekali bahawa penyanyi yang berasal dari Johor ini tidak boleh berkompromi dengan pandangan yang meremehkan martabat irama itu.

"Saya dengan irama dangdut adalah sinonim bagai irama dan lagu. Ayu dan dangdut tidak mampu dipisahkan,'' tegasnya.

Mungkin bertolak daripada kekuatan semangatnya untuk memperjuangkan dangdut, Ayu kini boleh dinobatkan sebagai Ratu Dangdut menggantikan Amelina yang telah 'tiada'.

Ketika dijolok soalan itu, Ayu dengan pantas dan tegas berkata: "Ohh... tidak! Saya belum layak untuk menerima gelaran Ratu Dangdut. Bukan mudah untuk saya membawa gelaran itu.''

Ayu memberitahu, gelaran itu hanya layak dimahkotakan kepada mereka yang telah menghabiskan seluruh usia memperjuang dan mempertahankan irama itu.

Sambil memanggil dirinya sebagai penyanyi dangdut yang baru setahun jagung, Ayu menjelaskan: "Cukuplah saya digelar Ratu Gelek 45 Darjah.''

"Ayu bersyukur dengan gelaran itu dan mungkin kerana kelebihan gelek itulah, rezeki Ayu sentiasa bertali arus,'' jawabnya dalam senyuman lirik.

Menyelami pandangannya terhadap kemunculan penyanyi dangdut baru seperti Haiza, Shikin dan lain-lain lagi, Ayu berkata, mereka adalah barisan pelapis yang mampu membantu memartabatkan irama itu.

Bercerita mengenai perkembangan karier seninya, Ayu yang menghasilkan album Bolehlah Boleh pada tahun lalu bakal muncul dengan album baru tidak lama lagi.

Katanya: "Album baru yang masih mengekalkan irama dangdut ini masih dalam pembikinan. Yang pasti album kali ini paling umphhh!''

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.