saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/04/2000

Girlfriends pilih irama rancak


NOREZLIN (kiri) dan Norhajar.


KUMPULAN Girlfriends memilih irama yang segar dan rancak sebagai sandaran untuk memperkenalkan diri kepada dunia seni.

Girlfriends dianggotai oleh Norezlin dan Norhajar mendapat bimbingan komposer Saari Amri untuk album sulung mereka yang kini sedang dalam proses rakaman vokal.

Norezlin adalah peserta peringkat akhir pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan tahun lalu manakala Norhajar adalah rakan sekolahnya.

''Saya suka muncul secara berkumpulan kerana ia tidak bergantung kepada keupayaan seseorang penyanyi,'' kata Norezlin.

Mereka yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia hujung tahun ini tidak menghadapi masalah untuk aktiviti kesenian.

''Kami belajar di sekolah swasta dan boleh mendapat kebenaran untuk bercuti,'' kata Norhajar pula.

Mereka tampilkan muzik yang lebih segar kerana mahu mencipta kelainan daripada banyak penyanyi yang muncul di pasaran.

Selain menyanyikan lagu-lagu duet, Saari juga memberi peluang kepada mereka untuk menyumbangkan beberapa buah lagu secara solo dalam album tersebut.

''Namun kami akan sentiasa muncul mengadakan persembahan sebagai artis berkumpulan,'' kata Norezlin kepada Utusan.

Walaupun idea menerbitkan album secara berkumpulan adalah idea Saari, namun mereka senang dengan penampilan tersebut.

Album yang bakal menggunakan judul Kalimah Mengguris itu memuatkan lagu-lagu seperti Kalimah Mengguris, Nota Cinta, Kalau Tak Sayang Lepaskan, Tahu Buat, Wanita Dan Masalah, Selera dan beberapa lagi.

''Kami harap kehadiran kami nanti bakal diterima oleh peminat,'' kata Norezlin lagi.

Mereka juga berharap kehadiran mereka sebagai sebuah kumpulan memberi kelebihan kerana kini banyak penyanyi solo wanita yang muncul.

''Kehadiran secara berduet juga membuatkan kami lain daripada penyanyi baru yang lain,'' kata Norezlin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.