saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/04/2000

Mengenang Artis Lama -- Shariff Babu disangka anggota kongsi gelap

Tetapi bila nama Shariff Babu disebut oleh pengumpul matlumat bintang-bintang lama, Mohammad Hashim, saya menyatakan yang saya kurang mengenalinya.

Shariff Babu berkahwin dengan seorang janda bernama Ainon Chik atau lebih popular dengan gelaran Mak Enon pada usia 26 tahun. Mak Enon yang pada ketika itu berumur 40 tahun jauh lebih tua daripada Shariff.

Menurut Mohammad, majlis perkahwinan tersebut berlangsung di Alor Setar pada tahun 1952 dan saksinya ialah Yusoff Surya.

Bagi Shariff inilah perkahwinan pertamanya dan terakhir kerana dia bukanlah seorang yang romantis dan kaki asmara.

Shariff Babu meninggal dunia kerana menghidap pelbagai penyakit seperti kencing manis, batuk kering dan darah tinggi. Dia menghabiskan hari-hari tuanya dalam kehidupan yang lebih kurang sama seperti yang dialami oleh golongan seangkatannya.

Menurut Mohammad, pelawak yang dilahirkan di Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 1927, bila dilihat sahaja wajahnya, maka kita mungkin dapat mengagak apakah watak yang biasa dilakonkannya kerana Shariff sering membawa watak lucu dalam kebanyakan filem yang dibintanginya.

"Sifat ini tidak hilang, walaupun dia diberi peranan yang lain. Malah, bakatnya itu tetap terserlah dalam apa jua jenis lakonan yang dilakonkannya.

"Kita mungkin ingat pada suatu iklan televisyen di mana Shariff kelihatan menghisap curut besar di perhentian bas dan apinya tidak dimatikan lalu dimasukkan curut itu ke dalam tong sampah, tong itu meletup,'' kata Mohammad ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Bagaimanapun apa yang unik mengenai pelawak ini, menurut Mohammad ialah Shariff Babu pernah melawat ke enam buah negara kerana hanya menjadi pemain rebana.

Shariff menganggotai kumpulan Pak Jab Ronggeng yang cukup terkenal di Pulau Pinang sebagai pemukul rebana dan melalui kumpulan inilah dia berpeluang melawat Indonesia, Ceylon (Sri Lanka), Siam (Thailand), Filipina, England dan Berlin (Jerman Barat) untuk memperkenalkan kesenian Melayu lama ke luar negara.

Dia juga pernah campur bermain muzik bersama penggesek biola terkenal Hamzah Dolmat selama 15 tahun. Malahan, inilah satu-satunya punca rezekinya.

Bakat tersebut, kata Mohammad, diwarisi daripada bapanya, Pak Babu yang merupakan seorang pemain bangsawan dan rebana yang terkenal.

"Sebab itulah, dia tidak boleh lari daripada dunia bangsawan dan lagu-lagu Melayu asli,'' katanya.

Shariff hanya mendapat pendidikan setakat Darjah V di Sekolah Melayu Kampung Jawa, Pulau Pinang dan setelah berusia dalam lingkungan 12 tahun, bapanya, Pak Babu meninggal dunia.

Namun dia terus bermain rebana jua menerusi galakan dan sokongan bapa saudaranya, Pak Jab Ronggeng.

Beliau menambah, bakat Shariff terus diasah dan digilap sehingga dia mahir sebagai pemain rebana, menyanyi dan berlakon bangsawan pada usia 24 tahun.

"Pada peringkat awal, dia diberi peranan sebagai pak pacak sahaja dalam bangsawan sebelum diberikan peranan yang lebih utama,'' ujarnya.

Memandangkan minatnya yang mendalam dalam bidang seni, kata Mohammad, tidak hairanlah di waktu negara dalam ancaman pengganas komunis, dia meneruskan perjuangan hidupnya menjadi pelakon dengan Seri Noran Opera yang membuat pertunjukan di Lucky World Park pada tahun 1947, iaitu sebuah taman hiburan terletak di Batu Road (Jalan Tuanku Abdul Rahman).

"Tugasnya hanyalah sebagai pemain gendang dan rebana di pentas-pentas joget. Bermain alat-alat muzik lain ia tidak mahir. Ilmu lawak yang ada padanya sejak mula dapat ditunjukkan sebagai tambahan di samping menyanyi,'' cerita Mohammad.

Bersama dengan kumpulan Pak Jab Ronggeng, dia pernah mengalami suatu peristiwa yang agak lucu apabila sekumpulan pegawai-pegawai polis (British) yang beribu pejabat di Jalan Bluff (Bukit Aman) kerap memanggilnya ke ibu pejabat polis untuk disoal siasat kerana Shariff dikatakan terlibat dalam geng kongsi gelap.

"Pegawai-pegawai polis ini ingin tahu apakah Shariff menjadi anggota ronggeng iaitu perkataan Inggeris yang sama dengan wrong gang, satu kumpulan haram yang dilarang.

"Puaslah Shariff menjelaskan kedudukan perkara dan pengertian perkataan tersebut yang bermaksud ronggeng itu hanyalah nama satu cabang tarian dan hiburan orang-orang Melayu dan bukannya kongsi gelap.

"Keraguan mereka ini timbul ekoran pergaduhan-pergaduhan yang sering berlaku di taman-taman hiburan antara orang-orang awam, anggota polis dan tentera di Lucky World Park kerana berebutkan tiket-tiket joget untuk menari dengan penari-penari ronggeng pilihan,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.