saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 02/04/2000

Skuad kebangsaan lebih kukuh dengan kehadiran penyerang NS itu -- Sentuhan Azman masih dirindui

WALAUPUN mempamer aksi cemerlang pada pusingan pertama kelayakan bola sepak Piala Asia yang berakhir Rabu lalu, Malaysia masih merindui khidmat bekas penyerang terbaiknya, Azman Adnan, kata bekas pemain kebangsaan, Karim Pin.

Menurut Karim, kehadiran Azman mampu menambah sengat di jentera serangan skuad kebangsaan kerana dia memiliki kelincahan serta kemahiran mengawal bola yang belum boleh disaingi pemain-pemain lain.

''Saya akui Malaysia bermain dengan baik dalam tiga perlawanan kelayakan Piala Asia yang lalu tetapi masih banyak yang perlu diperbaiki,'' katanya pada pelancaran program sentuhan awal bola sepak Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Selayang (Kesumas) di Stadium Perbandaran Selayang, semalam.

''Azman berada dalam kelasnya sendiri, dia adalah pemain yang disegani kerana kelincahan dan kemampuan mengawal serta menghantar bola yang tinggi.

''Selain merupakan penggerak utama jentera serangan kehadirannya dalam skuad Malaysia sedikit sebanyak menimbulkan rasa hormat pemain lawan kerana dia mempunyai reputasi tinggi,'' kata Karim, yang merupakan antara penyerang terbaik kebangsaan sekitar 1980-an.

Nama Azman digugurkan oleh jurulatih kebangsaan, Abdul Rahman Ibrahim bersama penjaga gol senior, Khairul Azman Mohamad.

Ketiadaan Azman menyaksikan beberapa muka baru mengisi skuad kebangsaan termasuk penyerang muda Sarawak, Gilbert Cassidy Gawing dan penjaga gol, Mohd. Sany Fahmi.

Menurut Karim, Rusdi Suparman merupakan pemain paling menonjol, manakala Zami Mohd. Noor serta Naziruddin Yusof belum membuktikan diri sebagai gandingan yang baik.

Malaysia menang dua daripada tiga perlawanan pusingan kelayakan termasuk mengejutkan juara Sukan SEA, Thailand 3-2 selepas menang 3-0 ke atas Taiwan dan seri 1-1 dengan Korea Utara.

Sementara itu, bekas pemain kebangsaan Singapura, Abdul Malek Awab mengakui ada kematangan ditunjukkan skuad Malaysia berbanding ketika beraksi pada Sukan SEA Brunei, tahun lalu.

''Saya nampak kesungguhan dan semangat pemain anda sudah berubah,'' katanya.

''Barangkali, mereka sudah menemui semangat patriotik sebenar dan tidak seperti dulu,'' katanya lagi.

''Saya percaya Malaysia mampu mengembalikan zaman kegemilangannya jika mereka dapat meneruskan apa yang dipamerkan di Stadium Shah Alam lalu tetapi anda harus berhati-hati apabila bertemu Thailand di gelanggang mereka.''

Malaysia, yang mengetuai Kumpulan Lapan dengan tujuh mata memulakan saingan pusingan kedua di Bangkok, minggu depan.

Sementara itu, program sentuhan awal bola sepak yang dianjurkan oleh Kesumas menerima sambutan menggalakkan apabila 92 peserta berusia 8 hingga 15 tahun mendaftarkan diri semalam.

Program yang dibahagikan kepada dua kategori itu - tunas (8-12 tahun) dan sinar (13-15 tahun) dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Bakaruddin Osman.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.