saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 08/04/2000

Deanna kembali dengan Fix


DEANA YUSOFF.


Setelah lima tahun tidak muncul dengan sebarang album, Deanna Yusoff kembali de-ngan Fix. Sesuatu yang berbeza dan baru bagi industri muzik tempatan. Walaupun menampilkan kelainan, Deanna yang kini menyertai syarikat rakaman Positive Tone yakin albumnya dapat diterima, memandangkan konsep yang ditampilkan sudah pernah diketengahkan oleh penyanyi antarabangsa lain seperti Madonna dan Cher.

''Sewaktu saya menghasilkan album ini, Madonna muncul dengan album terbarunya dengan konsep yang sama. Memang pada awalnya, saya sangsi sama ada peminat di negara ini boleh menerimanya atau tidak, tetapi memandangkan ada artis lain yang sudah memulakan, jadi saya menganggap memang inilah kehendak pasaran muzik sekarang,'' katanya pada majlis sidang akhbar dan pelancaran album terbarunya Fix.

Kata Deanna lagi, penampilan konsep dance music dengan sentuhan etnik dan techno di dalam albumnya ini diharapkan akan menjadi perintis dan mendapat sambutan.

''Saya melihat dari sudut jika kita tidak mulakan sekarang bila lagi?. Sebagai contoh lima tahun lalu, ramai yang tidak yakin dengan bakat Siti Nurhaliza, tetapi sekarang semua orang menerimanya. KRU yang popular dengan muzik hip hop, suatu ketika dulu ramai yang tidak yakin dengan muzik itu,'' jelasnya lagi.

Lebih membanggakan pelakon yang berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa menerusi filem Anna And The King ini ialah keupayaannya menulis lagu.

Sebanyak 10 daripada 13 lagu yang dimuatkan di dalam album itu ditulis sendiri oleh Deanna.

Menurutnya, salah satu sebab mengapa dia mengambil masa lama untuk muncul dengan album Fix kerana ia mahu memastikan penghasilannya tidak dibuat secara tergesa-gesa.

''Bekerja dengan penerbit album ini Chris Jungo sesuatu yang menyeronokkan, kami sudah berkawan baik lebih 10 tahun jadi sedikit sebanyak keakraban itu memudahkan kami untuk bekerjasama.

''Kami amat profesional, waktu kerja kami serius. Kami mudah memberi dan menerima idea masing-masing. Ia juga memudahkan saya untuk berkarya,'' jelasnya.

Tambah Deanna lagi, setiap lagu yang ditulis tidak dilakukan secara konvensional seperti penerbitan album artis lain.

Antara sebab mengapa album itu mengambil masa panjang ialah kerana Deanna sendiri memastikan setiap lagu dan muzik yang dihasilkan datang dengan sendirinya dan tidak dipaksa.

''Saya menghasilkan lirik bersama rentaknya sekali, tidak seperti proses biasa di mana kebanyakan lirik ditulis setelah sebuah lagu siap digubah,'' ujarnya.

Album Fix yang dihasilkan di Switzerland sudah pun berada di pasaran semenjak 30 April lalu dan antara lagu yang dimuatkan bertajuk Queen, Dark, Dream, Beautiful, New York 1954, Mistakes dan Blonde.

Deanna juga kini kembali aktif untuk mempromosikan album Fix, dan sebelum ini, dia telah mengadakan persembahan di beberapa tempat antaranya di KLCC.

Pelakon dan peragawati popular ini juga akan muncul pada majlis AIM 2000 yang akan diadakan pertengahan bulan ini.

Oleh: RUDY IMRAN SHAMSUDIN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.