saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 08/04/2000

Broery Marantika meninggal dunia

JAKARTA 7 April - Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Broery Marantika meninggal dunia di Rumah Sakit, Puri Cinere, di sini, hari ini kerana menderitai penyakit angin ahmar.

Broery, 55, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7 pagi, setelah sejam dimasukkan ke hospital itu selepas kesihatannya merosot mendadak pada pukul 4 pagi.

Penyanyi veteran Indonesia, Bob Tutipoli yang berada di sisi Broery ketika penyanyi tersebut menghembuskan nafas terakhir berkata, Broery dikejarkan ke hospital itu kira-kira pukul 6 pagi dengan menggunakan sebuah ambulans selepas keadaannya semakin tenat.

Bagaimanapun isterinya, Vanda Latuperissa dan dua anak mereka, tidak berada di sisi Broery pada saat beliau meninggal kerana berada di Amerika Syarikat atas urusan kerja, manakala anaknya, Pesolima Putra, 10, serta Nabila Metayu Putra, 8, berada di sekolah.

Vanda yang sudah 10 hari berada di luar negara kini dalam perjalanan pulang bagi membolehkan pengebumian Broery dijalankan.

Menurut Bob, pengebumian Broery akan ditetapkan setelah isteri Broery tiba ke tanah air.

Broery Marantika atau nama asalnya, Simon Dominggus Pesolime dilahirkan di Ambon pada 25 Jun 1944 telah menderita serangan angin ahmar sejak September 1998.

Serangan penyakit itu telah menyebabkan Broery terpaksa berbaring dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Bagaimanapun, kesihatan Broery dikatakan beransur pulih baru-baru ini dan sebelum meninggal dunia, Broery sempat merakamkan lagu Selamat Tinggal ciptaan komposer Indonesia, Gesang.

Broery yang pernah berkahwin dengan penyanyi Singapura, Anita Sarawak mula terkenal pada tahun 1971 ketika menyampaikan dua buah lagu dalam filem Akhir Sebuah Impian yang ditayangkan di Malaysia.

Beliau membintangi beberapa buah filem antaranya, Lagu Untukmu yang diterbitkan pada 1973, Jangan Biarkan Mereka Lapar (1975), Impian Perawan (1976) dan Isteriku Sayang, Isteriku Malang (1977). - Utusan.

Daripada: ZULKIFLEE BAKAR

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.