saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/04/2000

AIM 2000 tiada tempat untuk Siti Nurhaliza?

Dia memberitahu, penghibur senior itu mempunyai kelayakan dan peluang yang besar untuk meraih beberapa anugerah utama.

Begitu juga dengan calon-calon lain, kata Siti Nurhaliza, mereka semuanya hebat belaka.

Dia sendiri enggan meletakkan sebarang harapan pada AIM 2000 yang akan berlangsung Sabtu depan (15 April).

Namun, kata Siti Nurhaliza, seandainya rezeki berpihak kepadanya, dia merasa kegembiraan itu patut dikongsi oleh semua peminatnya.

"Setiap kali Siti bertanding, Siti membawa harapan peminat. Jika ada rezeki Siti kali ini, sewajarnya Siti berkongsi kegembiraan itu dengan mereka (peminat),'' kata Siti Nurhaliza kepada Pancaindera baru-baru ini.

Reaksi yang diberikan oleh Siti Nurhaliza sebenarnya menyimpan makna yang besar.

Dia yang muncul dengan dua album tahun lalu iaitu Pancawarna dan Seri Balas dicalonkan dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Wanita, Album Pop Etnik Terbaik, Album Pop Terbaik dan Lagu Terbaik (dua lagu).

Berdasarkan kepada keputusan AIM sebelum ini, artis seperti Siti Nurhaliza yang mendendangkan muzik kegemaran ramai iaitu muzik arus perdana (mainstream) kebiasaannya bukan menjadi pilihan juri profesional AIM.

Juri AIM lebih gemar keluar daripada kepompong muzik sedemikian. Mereka lebih gemar kepada muzik R&B (sering disebut sebagai muzik pilihan orang bandar).

Lantaran itu, apabila nama Sheila Majid dan Syafinaz turut tersenarai dalam beberapa kategori utama, kedudukan Siti Nurhaliza sudah pasti akan tergugat.

Misalnya dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Wanita, Sheila Majid dan Syafinaz bersaing hebat. Kekuatan vokal bersandarkan album pop R&B yang diperjuangkan mereka kebiasaannya menjadi keutamaan.

Bukan menidakkan kewibawaan Siti Nurhaliza, apabila kita memperkatakan Anugerah AIM, kebiasaannya selera AIM adalah kepada artis-artis seperti Sheila dan Syafinaz.

Selain Siti Nurhaliza, Sheila dan Syafinaz, dua artis lain yang turut dicalonkan untuk kategori yang sama ialah Shima dan Ziana Zain.

Begitu juga dengan kategori Album Pop Terbaik, sekali lagi Siti Nurhaliza menerusi album Pancawarna, Sheila (Ku Mohon) dan Syafinaz (Ingin Bersamamu) bersaing hebat bersama dua lagi artis yang punya nama besar iaitu M. Nasir (Srikandi Cintaku) dan Camelia (Memori).

Kategori ini juga memungkinkan Sheila untuk merebutnya memandangkan penerbitan album Ku Mohon bukan sahaja dibuat dengan begitu teliti tetapi ada cita rasa tersendiri (biarpun jualannya tidak membanggakan).

Syafinaz juga seperti Sheila berdepan dengan keadaan yang serupa di mana album Ingin Bersamamu terbitan bersama Aubrey Suwito, Jenny Chin, Zailan Razak, Ross Ariffin dan Johan Abdullah juga gagal mendapat tempat di hati peminat muzik tempatan.

"Kehadiran saya dalam industri muzik bukan untuk memenangi sebarang anugerah. Bagaimanapun, jika menang alhamdulillah,'' komen Syafinaz sambil mengakui kesemua saingannya hebat belaka.

Sementara itu, 'sifu industri muzik' M. Nasir juga mampu melakukan kejutan menerusi album yang menampilkan lagu-lagu ciptaannya yang diberi nafas baru dan dinyanyikan sendiri oleh Nasir.

Sungguhpun begitu jangan sesekali anda mengetepikan perhatian anda pada album Pancawarna Siti Nurhaliza kerana album itu juga muncul dengan pakej yang menarik.

Satu lagi kategori yang menyaksikan pertembungan kehebatan Siti Nurhaliza dan Sheila yang dipertandingkan pada malam AIM 2000 ialah kategori Lagu Terbaik.

Lagu Nian Di Hati (Siti Nurhaliza), Hati Kama (duet Siti Nurhaliza & Noraniza Idris) akan bersaing hebat dengan Ku Mohon (Sheila).

Dua lagu lain ialah Pusaka Rimba (Ziana Zain & Dayang Nurfaizah) dan Bismillah (Raihan).

Untuk kategori ini pula, mungkin ramai yang akan bersetuju dengan saya bahawa lagu Ku Mohon ciptaan Mac Chew dan lirik Sheila sendiri mempunyai peluang yang cukup cerah.

Tetapi seandainya AIM mengambil kira soal populariti lagu, pastinya Azmeer yang menggubah lagu Nian Di Hati atau Hati Kama ciptaan Pak Ngah akan dinobatkan sebagai pemenangnya.

Dua lagu lain yang dipertandingkan mempunyai peluang yang amat tipis. Tetapi seandainya lagu itu yang diumumkan sebagai pemenangnya, jangan pula terkejut.

Bagi kategori Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu, saya masih optimis bahawa lagu Sheila, Ku Mohon yang disusun muziknya dengan penuh teliti oleh Jenny Chin mempunyai pengaruh tersendiri dalam memikat hati para juri.

Biarpun begitu, Jenny juga perlu menerima hakikat bahawa saingannya iaitu Ahmad Izham Omar dan Innuendo yang tampil menyusun muzik yang baik menerusi lagu Akhirnya (nyanyian Camelia & Innuendo) juga tidak kurang hebatnya.

Malah Mac Chew yang bertanggungjawab menyusun muzik Hati Ini Telah Dilukai (nyanyian Kris Dayanti & Ajai) juga mempunyai harapan.

Dua lagu lain yang turut bertanding di bawah kategori ini ialah Ramli M.S (Kisah Seorang Biduan - nyanyian Dahlan Zainuddin) dan Aubrey Suwito (Ingin Bersamamu - Syafinaz).

AIM 2000 seperti mana yang dijelaskan dua minggu berturut-turut dalam Pancaindera mempertaruhkan 18 anugerah utama dan dua anugerah khas iaitu Anugerah Kembara Malaysia dan Anugerah Sri Wirama.

Dua anugerah khas itu bagaimanapun sukar untuk diramalkan kerana ia bukannya anugerah yang dipertandingkan, sebaliknya ia dipilih dan ditentukan oleh ahli jawatankuasa penganjur.

Bagi kategori lain iaitu anugerah Artis Baru Terbaik yang pertama kali menggabungkan artis lelaki dan wanita, calon-calonnya semuanya muda dan berbakat besar.

Lima nama yang tersenarai ialah Juliana Banos, Dayang Nurfaizah, Manterra, Moin dan Shawn Baharin.

Antara kelima-lima mereka, saya memilih Juliana Banos kerana bakat seni anak didik kumpulan KRU itu terserlah berbanding empat yang lain.

"Terus terang Jun rasa berdebar sangat dan Jun cuba untuk melupakan sementara tentang pertandingan ini kerana takut,'' ujar Juliana yang lebih senang dipanggil Jun ketika diminta mengulas mengenai peluangnya.

Muncul dengan album solo Mana Satu berkonsepkan irama R&B, penampilannya bukan sahaja elegan tetapi juga mempamerkan karismanya yang tersendiri.

Bagaimanapun, punggung Juliana juga saya yakin akan panas kerana dia perlu berdepan dengan 'Ricky Martin Malaysia' iaitu Shawn Baharin yang khabarnya berjaya menambat hati sebilangan besar wanita di negara ini.

Penyanyi tampan dari pantai timur ini juga ada peluang untuk merebut anugerah itu. -

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.