saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/04/2000

Saya tetap perempuan Melayu Deanna Yusoff


DEANNA... sering berkelana jauh untuk melebarkan bakat seni.


MEREKA yang pertama kali mengenalinya pasti beranggapan wanita ini sudah hilang gaya kehidupan wanita Melayu. Raut wajahnya langsung tidak melambangkan dia wanita Melayu. Lihat pula gaya hidup dan pembawakan dirinya. Bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, dia lengkap seperti seorang wanita Inggeris.

Kepetahan Deanna Yusoff bertutur dan berbual dalam bahasa Inggeris juga membuatkan sebilangan besar peminat Malaysia ragu-ragu apakah personaliti popular tanah air itu masih berbangga dengan statusnya sebagai orang Melayu.

''Mana mungkin saya lupakan asal-usul saya sebagai orang Melayu. Saya masih makan petai, gemarkan durian, malah ulam-ulam dan sambal belacan juga saya minati,'' jawab Deanna yang masih fasih berbahasa Melayu, biarpun bahasa itu seolah-olah menjadi bahasa kedua buatnya.

Wanita peramah yang lantang menjawab setiap pertanyaan yang diajukan kepadanya mengakui, Malaysia sentiasa di hatinya meskipun dia sering berkelana jauh semata-mata untuk melebarkan bakat seninya.

Menurut artis yang berdarah kacukan Melayu-Switzerland ini, merantau jauh di luar tidak bermakna ''negara orang menjanjikan masa depan yang cerah.''

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Perdagangan dari sebuah universiti luar negara ini berkata, hasrat untuk meraih populariti, kemasyhuran dan kekayaan di rantau orang bukanlah misi utamanya.

Kata Deanna, dia menyedari kedudukannya di kalangan orang luar.

Deanna menjelaskan, pemergiannya ke seberang laut semata-mata untuk meraih ilmu pengetahuan dan mendapatkan pendedahan.

''Apa salah kalau saya ke sana untuk mendapat ilmu dan pengalaman? Dengan adanya ilmu dan pengalaman, setidak-tidaknya saya boleh berkongsinya dengan masyarakat Malaysia,'' kata artis ini penuh bangga.

Setakat hari ini pencapaian Deanna di luar negara cukup membanggakan. Deanna pernah berlakon di samping aktor dan aktres ternama Hollywood seperti Jodie Foster dan Chow Yuen Fatt dalam filem Anna and The King.

Dia juga baru kembali dari Perancis selepas membintangi drama cereka arahan dan terbitan produksi di sana.

Dalam dunia peragaan pula, bekas penyandang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-10 menerusi filem Selubung ini sering menjadi pilihan jenama-jenama kecantikan terkemuka antarabangsa untuk muncul sebagai model produk alat solek mereka.

Lantaran menyedari dia boleh diterima dengan sebaik mungkin di negara ini, Deanna tidak melihat mengapa dia harus berhijrah dan menetap di luar negara untuk mencari kepuasan.

''Seperti yang saya katakan tadi, Malaysia dekat di hati. Malaysia banyak memberi peluang kepada saya,'' katanya.

Menceritakan mengenai personalitinya yang pernah dianggap sombong dan sukar didekati, Deanna tersenyum bila soalan itu diajukan kepadanya.

''Iya ke saya sombong? Setahu saya, saya mudah berkawan dengan sesiapa sahaja,'' jawabnya menepis pandangan serong sesetengah pihak.

Mengenai kehidupan berkeluarga, Deanna, 33, berkata, setakat hari ini dia belum terfikir ke arah itu.

''Banyak lagi yang perlu saya kejar. Saya pula seorang wanita yang cukup aktif dan sukar untuk saya duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa.

''Oleh itu, biarlah masa sahaja yang menentukannya,'' jawabnya dalam nada ramah.

Pada pertemuan itu juga, Deanna dengan penuh gembira menceritakan mengenai album terbarunya Fix yang kini sudah berada di pasaran.

Album itu diterbitkan oleh syarikat rakaman Positive Tone Sdn. Bhd. Menurut Deanna, ia merupakan sebuah album yang menterjemahkan emosinya tentang muzik.

''Saya mahu berkongsi kegembiraan muzik dengan peminat dan besarlah harapan saya untuk melihat Fix dapat diterima ramai,'' kata Deanna yang menulis 10 daripada 12 buah lagu yang dimuatkan dalam album itu.

Oleh: SAHARUDIN MUSTHAFA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.