saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/04/2000

Fauziah Idris mahu dikenali sebagai artis bersopan

KETIKA ramai pendatang baru memilih untuk tampil dengan irama pop, artis Fauziah Idris ingin mencari kelainan. Penyanyi itu memilih irama Malaysia untuk album sulungnya.

Sememang itu satu pertaruhan yang cukup berbahaya kerana tidak ramai yang berani berbuat demikian tetapi menurut Fauziah ia adalah satu cabaran.

Fauziah menolak pandangan mengatakan bahawa konsep irama Malaysia tidak sesuai untuk penyanyi muda sepertinya yang baru cuba menapak dalam dunia seni.

''Saya berbangga kerana berpeluang memilih irama Malaysia yang sepatutnya menjadi kebanggaan semua orang.

''Saya tidak menafikan bahawa bukan mudah untuk membawa lagu-lagu irama Malaysia. Saya ingin mencuba yang terbaik,'' katanya.

Artis itu juga memberitahu bahawa untuk memperbaiki mutu persembahan ketika membawakan lagu-lagu irama Malaysia, dia mendengar lagu-lagu dendangan penyanyi irama Malaysia yang terkenal seperti Rosiah Chik, Kamariah Nor dan Aspalela Abdullah.

''Selain itu saya juga mengagumi Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris,'' katanya.

Sebelum berpeluang merakamkan album Fauziah Idris, artis berusia 23 tahun itu sering menyertai pelbagai pertandingan nyanyian di tempat kelahirannya di Johor Bahru.

Bakatnya dalam bidang nyanyian dikesan oleh penerbit terkenal S. Atan melalui pertandingan nyanyian.

''Antara pertandingan besar yang saya sertai ialah Bintang Radio '98. Dalam pertandingan itu saya muncul sebagai naib juara.

''Pada masa itu S. Atan turut menjadi pengadil. Tidak lama kemudian saya mendapat panggilan daripadanya bertanyakan sama ada saya berminat atau tidak merakamkan album.''

Bagi Fauziah yang sudah lama bercita-cita untuk menjadi penyanyi dan merakamkan album, panggilan itu memberi seribu makna. Malah artis itu mengakui bahawa dia tidak mempunyai sebab untuk menolak tawaran seperti itu.

Bagaimanapun seperti pendatang lain Fauziah terpaksa menghadiri uji bakat dan dari situ kemampuannya terbukti.

Pemilihan irama Malaysia untuk album sulungnya, kata Fauziah, adalah atas nasihat S. Atan.

''Kata S. Atan, suara saya memang sesuai untuk irama seperti itu.

''Ketika pertandingan Bintang Radio, saya memilih untuk menyanyikan lagu Damak dan Sekeping Cinta Segumpal Janji iaitu lagu irama Malaysia,'' cerita Fauziah.

Bercakap tentang imej, kata Fauziah, dia tidak menjadikannya sebagai ukuran utama.

Apa yang penting, katanya, ialah dia menampilkan diri dengan imej bersih dan sopan.

Album Fauziah Idris sudah berada di pasaran sejak bulan lepas.

Seperti kebanyakan pendatang baru, Fauziah tentunya menaruh harapan agar album tersebut mendapat perhatian pendengar.

''Saya rela menerima apa saja pandangan mereka,'' katanya.

Oleh: JAMLIAH ABDULLAH

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.