saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/04/2000

Sidi Oraza sepikan diri selepas dibedah

''Saya akui bahawa selepas menjalani pembedahan tersebut saya ada menyatakan bahawa saya mahu bersara daripada dunia lakonan.

''Bukannya apa, ketika itu saya menerima banyak tawaran berlakon, baik drama mahupun filem. Tapi pada waktu itu, saya baru sahaja keluar dari hospital.

''Sakit akibat pembedahan tersebut masih terasa dan saya tidak larat untuk kembali menjadi pelakon.

''Nak tolak tawaran, nanti ramai yang kata saya berlagak kerana secara kebetulan sebelum menjalani pembedahan, saya dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik Asia Pasifik.

''Jadi untuk menyedapkan hati semua orang, saya kata saya mahu bersara daripada dunia lakonan,'' katanya dalam loghat orang Pulau Pinang.

Bagaimanapun itu kata di mulutnya bagi menyedap hati orang di sekeliling. Di kepalanya sudah ada perancangan yang rapi bagi memastikan hidupnya sekeluarga lebih ceria.

Dalam tempoh 10 tahun membabitkan diri dalam bidang hiburan, dia dinobatkan sebagai Pelakon Drama Terbaik, Pelakon Filem Terbaik, Pelakon Pembantu Terbaik Asia, Anugerah Khas Finas dan Pengarah Drama Terbaik.

Bahkan dia turut membina imejnya sebagai ahli perniagaan yang berjaya. Dan paling terbaru, dia menerima tawaran untuk mengarah drama dokumentari kesihatan.

''Penerbit Kuasatek Pictures Sdn. Bhd., Mohd. Noor Kadir ada berpesan jika ingin berniaga telur janganlah sebakul kerana kalau bakul itu jatuh, maka termenunglah kita.

''Oleh itu, kita harus mempunyai beberapa buah bakul yang berisi telur, barulah selamat,'' menurut Sidi.

Apabila terasa sihat sedikit daripada pembedahan tersebut, dia kembali ke dunia seni. Tetapi kali ini sebagai pengarah dan bukan pelakon.

Dia mengarah drama Surah Terakhir yang membariskan Umie Aida sebagai pelakon utama. Turut berlakon ialah Rose Iskandar dan Zuhairi Ibrahim.

''Dalam drama itu saya mendapat kerjasama yang cukup baik daripada pelakon dan krew drama.

''Apatah lagi ketika itu kesan pembedahan masih terasa dan saya memang tak larat untuk bergerak. Jadi, saya mengarah dari tempat duduk sahaja,'' ujarnya.

Setelah selesai penggambaran drama itu dan secara kebetulan negara dilanda kegawatan ekonomi, dia mengambil kesempatan untuk mendalami dunia perniagaan.

Kata Sidi, dia terbang ke China dan belajar daripada seorang kawan baiknya pada masa sekolah dahulu, Azmi Isa.

Hasilnya dia berjaya membina sebuah kilang yang mengeluarkan baja tanaman, Diversatech (M) Sdn. Bhd. yang terletak dekat Taman Sentosa, Sungai Jelok, Kajang.

Setelah tiga tahun berusaha membangunkan kilang tersebut dan dalam masa yang sama dirinya sudah sembuh sepenuhnya, dia dipelawa oleh Murali Abdullah untuk berlakon dalam drama arahan Murali.

Dia menerima tawaran itu walaupun drama Metropolitan yang diterbitkan oleh HVD, syarikat yang sering dikritik kerana menghasilkan drama yang kurang bermutu.

''Saya tahu drama itu terbitan HVD. Tapi masa itu saya terimanya kerana saya ingin mengubah imej HVD.

''Ia bagaikan perumpamaan dalam mesyuarat sekumpulan tikus yang ingin tahu bagaimana untuk mengesan kedatangan kucing.

''Caranya adalah menggantungkan loceng di leher kucing itu. Tapi siapakah kalangan tikus yang sanggup mengantungkan loceng itu?

''Dengan kemasukan saya yang bergelar Pelakon Pembantu Terbaik Asia Pasifik, ramai pelakon yang popular masa kini mula menerima tawaran berlakon dalam drama-drama terbitan HVD,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.