saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 18/04/2000

Tuanku Syed Sirajuddin dimasyhur Raja Perlis


RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail mengucup keris panjang diraja di istiadat pemasyhuran pelantikan baginda sebagai Raja Perlis di Istana Arau, Perlis semalam.


ARAU 17 April - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, 57, hari ini dimasyhurkan sebagai Raja Perlis di Istana Arau di sini.

Pelantikan itu diumumkan oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, di Balairung Seri pada pukul 1.30 tengah hari ini selepas azan zuhur berkumandang.

Istiadat itu dilakukan sebelum jenazah ayahandanya Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail disembahyangkan pada pukul 1.42 tengah hari di Masjid Negeri, 300 meter dari istana.

Istiadat pemasyhuran berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, raja-raja Melayu dan kerabat diraja. Turut berangkat ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Selepas pemasyhuran itu, kerabat diraja dan orang ramai yang berada di Balairung Seri melaungkan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali dan selepas itu disusuli dengan tiga das tembakan meriam sebagai tanda penghormatan pemasyhuran.

Sebelum itu Yang Dipertua Majlis Mengangkat Raja, Tuanku Sharif Bendahara Perlis, Datuk Seri Diraja Syed Badaruddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, menghadap Raja Muda bagi menyerahkan keris diraja.

Raja Muda kemudian mengucup keris tersebut sebagai pengesahan pelantikan baginda sebagai Raja Perlis.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin serta beberapa menteri kabinet lain .

Tuanku Syed Sirajuddin dilantik sebagai Pemangku Raja Perlis selepas ayahandanya Tuanku Syed Putra gering di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada 14 April lalu.

Tuanku Syed Putra yang menghadapi masalah jantung dan komplikasi penyakit buah pinggang serta kencing manis mangkat di IJN pada pukul 2.20 petang semalam.

Selepas dimasyhurkan sebagai Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin meletakkan tangan baginda di atas keranda jenazah Almarhum ayahanda baginda sebagai syarat memberi keizinan untuk diusung ke pemakaman.

Tuanku Syed Sirajuddin yang akan menyambut ulang tahun keputeraannya yang ke-57 pada 16 Mei ini, diputerakan di sini merupakan putera pertama daripada 10 orang putera dan puteri Almarhum Tuanku Syed Putra dan Raja Perempuan Perlis, Tengku Budriah ibni Almarhum Tengku Ismail.

Baginda berkahwin dengan Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dilantik sebagai Raja Muda pada 30 Oktober 1960 ketika masih bersekolah.

Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan seorang putera, Syed Faizuddin Putra, 32, dan seorang puteri, Sharifah Fazira, 26.

Baginda pernah dilantik sebagai Pemangku Raja Perlis buat pertama kali ketika Almarhum ayahanda dan bondanya berangkat ke Amerika Syarikat dan Eropah pada 1967.

Tuanku Syed Sirajuddin menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Arau, di sini sehingga darjah dua sebelum melanjutkan pelajaran rendah bahagian Inggeris di Sekolah Rendah Wellesley, Pulau Pinang pada tahun 1950.

Baginda kemudiannya bertukar ke Sekolah Rendah Westland, Pulau Pinang sehingga tahun 1955 sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Penang Free School, Pulau Pinang pada tahun 1956.

Pada tahun 1959, baginda ke England untuk melanjutkan pelajaran ke Wellingborough Public School selama empat tahun sebelum mengikuti kursus Pegawai Kadet di Akademi Tentera Diraja Britain Sandhurst dari tahun 1964 hingga 1965.

Sekembalinya ke tanah air, baginda menjawat jawatan Leftenan Muda di Rejimen Kedua Pasukan Peninjau Malaysia pada tahun 1965.

Ketika memegang jawatan itu, baginda pernah berkhidmat di beberapa buah negeri termasuk Sabah, Sarawak dan Pahang sebelum dinaikkan pangkat Leftenan pada tahun 1969.

Bagaimanapun baginda meletakkan jawatan semasa kenaikan pangkat tersebut.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.