saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 19/04/2000

Bumiputera bina bot penyelamat berteknologi tinggi


BOT CANGGIH... Biasanya bot yang tenggelam tidak mudah untuk ditimbulkan semula.
Bagaimanapun, bot SAR 1500, yang dicipta dan dimajukan oleh Kay Marine Sdn. Bhd., sebuah syarikat bumiputera dari Kuala Terengganu ini boleh timbul semula dengan sendirinya dalam masa beberapa saat sahaja setelah tenggelam.
Bot berharga RM4 juta ini mampu berbuat demikian kerana ia dicipta menggunakan teknologi terkini. Badannya diperbuat daripada bahan aluminium khas dengan cermin kabinnya dipasang kaca paling kukuh, yang tidak akan pecah sekalipun dipukul ombak besar.
Satu lagi kelebihan bot ini ia dikelilingi pelampung khas yang tidak akan bocor dalam keadaan gelora dan mampu bergerak selaju 30 knot sejam dengan kekuatan enjin 800 kuasa kuda.
Bot ini digunakan oleh Jabatan Laut Malaysia untuk kegiatan mencari dan menyelamat.
* BOT SAR 1500 kembali mengapungkan badannya dalam masa kurang enam saat walaupun selepas ditenggelamkan oleh sebuah kren dalam demonstrasi di Jeti Shahbandar, Kuantan, semalam.


KUANTAN 18 April - Malaysia kini mempunyai bot penyelamat berteknologi tinggi paling canggih yang tidak boleh tenggelam dan kembali ke permukaan laut jika terbalik walau dalam keadaan laut yang ganas.

Bot yang dimajukan oleh Kay Marine Sdn. Bhd. sebuah syarikat bumiputera dari Terengganu telah menerima tempahan daripada Jabatan Laut Malaysia untuk membina lima buah bot berharga RM 20 juta dan disiapkan dalam tempoh 18 bulan.

Pengarah Urusannya, Khamarudin Mansor berkata, syarikat itu kini memajukan lima buah bot canggih itu, dinamakan SAR 1500 setelah mendapat kontrak dari Jabatan Laut Malaysia.

Beliau berkata, setiap bot berharga RM4 juta itu mampu timbul semula dan kembali ke kedudukan asal dalam masa beberapa saat sahaja jika terbalik walaupun dalam keadaan laut yang bergelora.

''Ia boleh berbuat demikian kerana reka bentuknya. Selain badan bot diperbuat daripada bahan aluminium khas, cermin kabinnya dipasang dengan kaca paling kukuh yang tidak akan pecah sekalipun dipukul ombak besar. Ia juga dikelilingi pelampung khas yang tidak akan bocor dalam keadaan gelora teruk,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi ujian Self-Righting SAR 1500 di Jeti Syahbandar, Jabatan Laut Pahang di sini, hari ini.

SAR 1500 berukuran 15.20 meter panjang, 5.39 meter lebar dengan ketinggian 1.40 meter itu manakala beratnya ialah 16 tan.

''Ia mampu bergerak selaju 30 knot sejam dengan kekuatan enjin 800 kuasa kuda,'' kata beliau.

Menurutnya, setiap unit SAR 1500 mempunyai empat orang krew yang berkemampuan menyelamatkan 30 orang mangsa bencana di laut serentak.

Beliau yakin kemunculan SAR 1500 akan menggalakkan lebih ramai rakyat tempatan menceburi bidang menyelamatkan mangsa daripada bencana di laut secara sukarela.

Beliau berkata, pada masa ini tidak ramai rakyat Malaysia yang mahu menjadi anggota penyelamat di laut secara sukarela kerana bimbang keselamatan mereka sendiri.

Khamarudin menegaskan, bot jenis ini boleh dikatakan masih baru di Asia Tenggara tetapi sudah lama digunakan di beberapa negara Eropah seperti Belanda dan Jerman.

Mengenai pasaran bot berkenaan, beliau berkata, sasaran Kay Marine setakat ini hanyalah di pasaran tempatan.

Katanya, dua unit bot digunakan oleh Jabatan Laut Johor dan Sarawak manakala SAR 1500 bagi Jabatan Laut Wilayah Timur termasuk Pahang, Pulau Pinang dan Klang Tengah dalam pembinaan.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:32
Maghrib 7:06
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.