saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 23/04/2000

Malam Sensasi AIM 2000

AIM 2000 tahun ini dikatakan cukup pemurah sehingga melayakkan Siti Nurhaliza mencatat kenangan manis dan tersendiri.

Selain anugerah Kembara, Siti Nurhaliza turut membawa pulang anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita), anugerah Album Pop Etnik Terbaik dan Album Terbaik.

Kemenangan Sheila Majid pula dikatakan ada kaitan dengan kisah peribadinya yang mencatat sejarah duka. Sheila membawa pulang anugerah Album Pop Terbaik, Kulit Album Terbaik, Susunan Muzik Dalam Lagu dan Lagu Terbaik.

Di mana kebenaran dakwaan-dakwaan itu tiada siapa yang dapat mengesahkannya.

Apa pun kita tinggalkan cerita sensasi itu kerana masih banyak lagi yang harus diperkatakan tentang AIM 2000 yang berlangsung dengan gilang gemilang pada 15 April lalu.

Majlis AIM itu yang pertama kali di alaf baru wajar dikatakan meninggalkan kenangan manis kerana susunan acaranya dibuat dengan penuh teliti dan melambangkan kematangan industri muzik tanah air. Syabas Jennifer Thompson dan teman-teman penerbitan!

Membuka tirai AIM 2000, Sheila Majid dengan gaya tersendiri memukau perhatian penonton ketika mengalunkan sedutan lagu Ku Mohon dan Jatuh Cinta.

Afdlin Shauki yang diberi amanah mengendalikan AIM 2000 nampaknya tidak mengecewakan. Dia sememangnya punya kemampuan dan cukup berkaliber untuk majlis seperti AIM.

Penerbitan AIM 2000 menggabungkan warna muzik Malaysia dari lenggok pop Melayu alunan suara emas biduanita Sharifah Aini sehinggalah genre muzik folk dendangan Juliet The Orange.

Mas Idayu dengan bangra dangdutnya juga memukau perhatian penonton manakala persembahan Poetic Ammo dan Lo memberi keyakinan bahawa ukuran artis Malaysia sudah setaraf dengan artis Barat.

AIM 2000 juga dijadikan sebagai medan untuk artis-artis tempatan 'memasang badan' bagi memeriahkan majlis yang diadakan sebagai menghargai usaha dan komitmen karyawan muzik tempatan.

Pelbagai jenis fesyen warna-warni memenuhi Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Dari fesyen ala Jennnifer Lopez yang dipakai oleh penyanyi rock terkenal Amy Search dan Nouri sehinggalah sepasang baju kurta (pakaian masyarakat di India) yang dikenakan oleh M. Nasir.

Tidak kurang yang bergaya seksi seperti Ning Baizura, manakala penyanyi Camelia, biarpun masih dibayangi kisah hidup peribadi tetap anggun dengan pakaiannya yang kelihatan agak seksi.

Ziana Zain turut muncul bersama suami tersayang Armin Zaharin. Kehadirannya dengan keadaan begitu sarat mengandung anak sulung mendapat perhatian lensa kamera jurugambar yang berpusu-pusu merakamkan wajah terbaru Ziana.

Menyentuh soal keputusan pula, terdapat beberapa ramalan pemerhati seni yang meleset. Keputusan yang menimbulkan persoalan ialah di mana letaknya ukuran vokal penyanyi Syafinaz sehingga ditewaskan oleh Siti Nurhaliza.

Begitu juga dengan anugerah vokal penyanyi lelaki yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada M. Nasir, sifu industri muzik yang mengetepikan saingannya iaitu Amy dan penyanyi junior Rem.

Namun itulah keputusan juri yang disahkan oleh juruaudit berpengalaman.

Bagaimanapun, bagi anugerah istimewa iaitu anugerah Kembara milik Siti Nurhaliza tidak perlu dipertikaikan lagi.

Pemilihan Siti Nurhaliza untuk meraih anugerah ini amat tepat kerana 'bintang kesayangan' dunia muzik tanah air itu sememangnya layak menerimanya.

Dalam usia yang cukup muda Siti berjaya membuka mata masyarakat bukan sahaja di negara ini tetapi juga orang luar yang sudah menghargai bakat seninya.

Biduanita Sharifah Aini yang dinobatkan sebagai penerima anugerah Sri Wirama menjawab segala spekulasi yang timbul sebelum ini.

Dengan diberi penghormatan berdiri (standing ovation) Sharifah Aini dengan penuh keceriaan menerima anugerah atas penglibatannya selama 31 tahun dalam dunia nyanyian.

Kepada semua, syabas diucapkan dan kepada yang gagal jangan pula merajuk dan menjauhkan diri daripada industri muzik tempatan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.