saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 26/04/2000

Konsert Diva pukau penonton di Singapura


EMPAT gaya tersendiri daripada Sheila Majid (kiri), Anita Sarawak, Hetty Koes Endang dan Siti Nurhaliza pada Konsert Diva di Singapura, baru-baru ini.


Gabungan mantap empat diva berjaya memukau kira-kira 5,000 penonton dalam Konsert Diva di Dewan Harbour Pavilion di Singapura, baru-baru ini.

Persembahan bertenaga dan mantap Sheila Majid, Hetty Koes Endang, Siti Nurhaliza dan Anita Sarawak berjaya menghiburkan penonton yang tidak sahaja datang dari Singapura, malah Malaysia, Indonesia dan Korea.

Mereka mempamerkan persembahan yang menghiburkan selama kira-kira tiga jam itu. Namun, para penonton bagaikan tidak berganjak walaupun persembahan yang bermula pukul 7.30 malam itu telah berakhir.

Penyanyi Sheila Majid membuka tirai dengan nyanyian lagu-lagu popularnya seperti Ada-ada Saja, Jatuh Cinta, Kumohon, Sinaran, Wanita dan Antara Anyer dan Jakarta dengan penuh bertenaga.

Selepas persembahan Sheila, Hetty mengambil alih pentas dan kemerduan suaranya menyanyikan beberapa lagu daripada albumnya yang mengembalikan ingatan penonton kepada zaman kegemilangannya. Biarpun telah tiga tahun menghilangkan diri, namun, Hetty yang telah 30 tahun membabitkan diri dalam bidang seni, ternyata mempunyai pengalaman untuk menghiburkan penonton termasuk beberapa orang kenamaan negara republik itu termasuk Menteri Penerangan dan Kesenian Singapura, Lee Yock Suan.

Hetty yang berjubah dan berselendang itu menyanyikan lagu-lagu Tak Ingin Sendiri, Kuda Hitam, Hati Hancur Jadi Lebur, Berdiri Bulu Romaku dan lagu Keroncong Kasih.

Siti Nurhaliza kemudiannya mengambil alih pentas dengan menghiburkan penonton dengan lagu Laguku Untukmu, That's The Way It Is, Usah Diragui, Aku Cinta Padamu, Balkis dan persembahan duet bersama DJ radio Ria Singapura dengan lagu Kuch Kuch Ho Ta Hai.

Persembahan terakhir Konsert Diva itu ialah Anita Sarawak yang mendapat tepukan gemuruh daripada peminat yang sekian lama merindui kemunculannya itu.

Anita memulakan lagu Sophisticated Lady, Tragedi Buah Epal, Dengar Ini Cerita, Lodeh Mak Lodeh dan Akhirnya Kini Pasti.

Ternyata, Anita sememangnya penghibur serba boleh dan seperti biasa, pasti ada penonton yang akan menjadi mangsanya yang dijemput ke pentas dan berlakon bersama-samanya.

Masa selama 45 minit itu seolah-olah tidak mencukupi bagi peminat yang masih belum puas dengan kehadiran empat diva tersebut.

Saat-saat menyentuh perasaan ialah ketika Anita bertemu dengan rakan seangkatannya, Rahimah Rahim yang turut hadir bagi menyaksikan konsert berkenaan dan kedua-duanya saling berpeluk-pelukan melepaskan rindu.

Dalam Konsert Diva itu juga, seniwati veteran Normadiah diberikan anugerah Seniwati Sepanjang Zaman sebagai mengenang jasa dan bakti yang dicurahkan dalam menyemarakkan bidang seni di negara ini.

Oleh: HABIBAH OMAR

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.