saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 28/04/2000

Biasiswa Syed Nasir DBP buka pemohonan

DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan mengemukakan permohonan biasiswa Tun Syed Nasir Ismail bagi mengikuti kursus peringkat ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi tempatan (IPT) mulai tahun ini.

Menurut kenyataan DBP, tawaran itu terbuka kepada calon yang akan mengambil bidang pengajian Bahasa Melayu/Linguistik atau Sastera Melayu/Pengajian Melayu di IPT.

Pemohon perlu memenuhi syarat berikut iaitu telah mendapat surat tawaran pengajian ijazah sarjana muda dari IPT dalam pengkhususan Bahasa/Linguistik atau Sastera/Pengajian Melayu.

Syarat lain ialah pemohon mempunyai kelulusan yang baik pada peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia termasuk kelulusan cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan/atau Sastera Melayu.

Pemohon juga perlu mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) dan/atau Sastera Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Usia pemohon mestilah tidak lebih daripada 23 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu pada 8 Jun ini.

Pelajar berminat boleh mendapatkan borang permohonan dengan datang sendiri ke Unit Latihan, Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 2, DBP, Jalan Wisma Putra, Kuala Lumpur atau melalui pos dengan mengirimkan sampul surat berukuran 11 cm x 22 cm yang beralamat sendiri, bersetem 30 sen dan di penjuru atas sebelah kirinya ditulis 'Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail'.

Borang yang telah lengkap dengan salinan dokumen berkaitan yang disahkan hendaklah dihantar kepada Unit Latihan, Bahagian Pengurusan Personel, Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, DBP, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.

Oleh: ROHANA MAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.