saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 07/05/2000

Sosilawati bangga dengan Nouvelles Visages

Berbekalkan pengalamannya mengusahakan salon kecantikan, wanita kelahiran Batu Pahat, Johor ini mampu membuktikan bahawa anak tempatan juga setanding dengan pakar kecantikan luar negara.

Sosilawati, 36, baru-baru ini mengambil keputusan mencipta produk kecantikannya sendiri yang dikenali sebagai Nouvelles Visages (NV).

NV yang dihasilkan sejak empat tahun lalu adalah singkatan perkataan Perancis yang bermaksud wajah baru.

Sebagai pengasas produk Nouvelles Visages, Sosilawati mengakui untuk meyakinkan orang ramai menggunakan produk tempatan bukan satu perkara mudah.

Selain berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan, keyakinan dan kekuatan diri perlu disemat jauh di sanubari.

Berkat kesungguhan dan kesabarannya, ibu kepada enam anak ini bersyukur kerana produk yang dihasilkannya mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

"Alhamdulillah, dalam mengharungi pelbagai cabaran dunia perniagaan, orang ramai kini yakin dengan produk yang saya hasilkan,'' katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Nouvelles Visages merupakan produk tiruan.

Lebih penting lagi, katanya, produk ini merupakan hasil titik peluh anak tempatan dan tidak diimport dari negara jiran.

Beliau menjelaskan, NV adalah hasil kerja keras dan penyelidikan rapi anak-anak Malaysia dan ia juga dikilangkan di negara ini.

"Saya menolak sekeras-kerasnya bahawa produk ini ditiru daripada mana-mana produk lain yang terdapat di pasaran sama ada dari segi label, pembungkusan mahupun bahan-bahannya,'' katanya.

Menurut Sosilawati, keistimewaan produk ini ialah bahan-bahan asas dan ramuan asli yang digunakan terdiri daripada buah-buahan, bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan.

Kini beliau memiliki 150 premis yang menjual produk NV di seluruh negara termasuk di Sabah, Sarawak dan Brunei.

Sebagai anak tempatan yang mampu melahirkan produk kecantikan sendiri, Sosilawati berbangga dengan usaha dan kegigihannya.

Menurut Sosilawati, selain produk kecantikan, Nouvelles Visages juga menghasilkan pelbagai barang penjagaan rumah seperti pencuci lantai, sabun membasuh pinggan, baju, fabrik dan pelembut fabrik.

NV yang mempunyai tiga cawangan utama iaitu di Kampung Baru dan Taman Sri Rampai, Setapak dan Kajang mengalu-alukan mereka yang berminat menjadi stokis atau pengedar.

Sosilawati boleh dihubungi di talian 03 - 2935980, 4634495, 82100201 atau 012 - 2222541.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.