saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 24/05/2000

Crosstown terus popular

Kebiasaannya pemuzik yang tinggal di Kuala Lumpur lebih mudah mendapat peluang mengadakan pertunjukan pentas berbanding dengan mereka yang tinggal di negeri-negeri lain.

Ini kerana Kuala Lumpur sebagai pusat segala kegiatan seni dan pertunjukan lebih banyak membuka peluang kepada artis tempatan untuk bertahan dengan karier mereka.

Bagaimanapun kumpulan Crosstown yang berasal dari Pulau Pinang mampu membuktikan bahawa mereka juga mempunyai peluang yang cerah untuk bertahan di bidang muzik sekalipun berada di luar Kuala Lumpur.

Kumpulan ini dianggotai oleh Nazri (bass), Ajem (gitar utama), Ramly (penyanyi), Izzam (keyboard) dan Zainal (drum).

Menurut Izzam, selain memperoleh banyak peluang pertunjukan pentas di Pulau Pinang, kumpulan ini turut diberi peluang untuk mengendalikan banyak konsert atau persembahan artis lain di negeri berkenaan.

''Sebagai sebuah kumpulan muzik yang sudah berpengalaman, kami perlu berkembang dari semasa ke semasa.

''Dengan melibatkan diri dalam bidang perniagaan seperti menganjurkan pertunjukan pentas seperti ini, kami boleh meneruskan karier sebagai pemuzik,'' jelasnya.

Mereka bergerak di bawah label Crosstown Band Entertainment (CBE) sehingga dikenali sebagai penganjur pertunjukan di Pulau Pinang.

Terbaru, CBE dilantik untuk mengadakan pakej hiburan artis di Konsert Sukma 2000. Konsert ini akan diadakan pada pukul 8.30 malam ini di Padang Bandaran, Butterworth.

Konsert ini diadakan bersempena dengan sambutan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) yang akan di adakan di negeri tersebut.

Crosstown sendiri akan muncul di Konsert Sukma 2000 sebagai pemuzik pengiring persembahan artis-artis popular tempatan.

Antara artis yang akan menghiburkan pengunjung ialah Awie, Elly Mazlin, L. Ramlee, Mas Idayu, Imuda, Sulaiman Yassin dan Zami Ismail.

Para peminat artis berkenaan dan kumpulan Crosstown sendiri dipelawa menyaksikan konsert yang diadakan secara percuma ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.