saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 27/05/2000

Sherie Merlis...berhati-hati pilih watak


SHERIE MERLIS.


Bagi sesetengah artis, peluang yang luas di depan mata tidak harus dilepaskan walaupun terpaksa berkejar dari satu tempat ke tempat yang lain kerana menerima banyak tawaran lakonan dalam sesuatu masa.

Bagaimanapun keadaan ini agak berbeza dengan pelakon Sherie Merlis. Dia sanggup menolak banyak tawaran apabila difikirkan sesuatu watak itu tidak bersesuaian dengan jiwanya.

Pelakon ini mempunyai prinsip tersendiri yang jarang didukung oleh sesetengah artis lain terutamanya yang mementingkan populariti dan glamor.

Menurut Sherie, dia hanya akan terlibat di dalam satu atau dua drama dalam sebulan meskipun mendapat tawaran daripada banyak produser di dalam jangka masa tersebut.

"Saya tidak mampu untuk terlibat di dalam banyak drama kerana banyak lagi perkara lain yang perlu diberi keutamaan selain kerjaya,'' ujar Sherie.

"Saya tidak mahu terlalu mengikat mental dan fizikal hanya untuk lakonan sedangkan masih ada perkara lain yang perlu saya lakukan di dalam hidup ini,'' jelasnya.

Ibu tunggal kepada dua putera, Habib (8 tahun) dan Harith (5 tahun) ini juga terlalu berhati-hati dalam memilih watak yang akan dibawa dalam setiap lakonannya.

Pemilihan watak baginya penting untuk menyesuaikan keadaannya sebagai ibu dan pada masa yang sama bagi menjaga maruah bakal suaminya yang juga seorang pelakon, Rusdi Ramlee.

Tidak hairan Sherie sering menolak untuk membawakan watak sebagai perempuan yang tidak bermoral seperti pelacur, penagih dadah, GRO dan yang sekelompok dengannya di dalam lakonan.

Sekalipun ada yang berpendapat watak seperti itu akan menguji kebolehan seseorang pelakon, Sherie lebih senang dengan prinsip yang diamalkan sekarang.

"Saya terpaksa memilih. Di dalam usia seperti sekarang saya perlu memikirkan banyak perkara apabila memegang sesuatu watak,'' ujarnya.

Katanya, kalau dia muncul sebagai perempuan tidak bermoral di TV, perasaan dan tanggapan anak-anaknya juga perlu difikirkan.

"Saya tidak mahu muncul dengan watak seperti itu kerana tidak mahu mereka malu dan menanggung sesuatu yang negatif kesan daripada watak tersebut meskipun itu hanya lakonan,'' jelasnya lagi.

Menurut Sherie, mungkin kerana faktor itu namanya agak ketinggalan dalam senarai popular jika dibandingkan dengan pelakon lain.

Meskipun bakat dan lakonannya memang diakui oleh sebahagian besar peminat, Sherie akur dengan keadaan itu demi menjaga hati mereka yang disayanginya.

"Ada juga kawan-kawan yang cakap bahawa saya perlu terdedah kepada watak-watak seperti itu. Kata mereka, dengan jalan ini, populariti saya akan memuncak tetapi bagi saya, itu semua tidak akan bertahan lama,'' katanya.

Jelas Sherie, soal populariti bukan menjadi agenda utama di dalam dirinya sebaliknya lebih senang bersikap seperti sekarang ini.

"Takkan cerita pasal kucing saya mati atau saya baru potong rambut pun nak cerita dekat majalah. Saya tidak mahu memilih cara itu,'' katanya lagi.

Sherie turut terpilih sebagai pelakon pembantu di dalam filem perang, Lt. Adnan dan memegang watak sebagai Tumirah.

Tumirah di dalam filem ini adalah seorang gadis yang mencintai Leftenan Adnan di dalam diam tetapi terpaksa mengalah dengan keadaan apabila Adnan memilih rakan baiknya sendiri, Safiah lakonan Umie Aida.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.