saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/05/2000

Kamera Apo? cabaran baru Aznil

Personaliti popular ini kini semakin 'liar' memburu sesiapa sahaja yang boleh dijadikan bahan untuk diisi dalam program baru yang dikelolakan dan arahannya iaitu Kamera Apo?

Program yang cukup tersendiri dengan menampilkan gaya hidup masyarakat Malaysia merupakan idea yang dikerah oleh Aznil Nawawi.

Kamera Apo? yang dikatakan menyamai program antarabangsa Candid Camera merakamkan aksi-aksi spontan rakyat Malaysia.

Pelbagai gelagat lucu yang tidak disedari oleh masyarakat dirakamkan oleh Aznil untuk diisi dalam program Kamera Apo? menjadikan program itu semakin hari semakin diminati ramai.

Berikutan keadaan itu, dia kini ditakuti oleh sebilangan besar peminatnya. Ke mana sahaja dia pergi, semua orang akan bertanyakan kepadanya apakah dia membawa kamera bersama-sama dengannya.

Itulah reaksi sebilangan peminatnya selepas tiga kali menonton Kamera Apo? yang ditayangkan sejak tiga minggu lalu di saluran ceria anda, ntv7 setiap Sabtu pukul 7.30 malam.

Kebanyakan mereka gentar aksi mereka akan dirakamkan oleh krew-krew yang be-kerja dengan Aznil dan kemudiannya ditayangkan dalam program itu.

"Pening kepala saya dibuatnya. Tapi keadaan itu juga membuatkan saya gembira kerana peminat saya menyedari kelahiran program terbaru kelolaan dan arahan saya itu. Itu sudah cukup membahagiakan saya,'' katanya di awal perbualan dengan Pancaindera baru-baru ini.

Menyentuh mengenai Kamera Apo? juga, Aznil memberitahu, mengarah dan mengelolakan program ini sebenarnya lebih banyak menguji kesabaran dan kreativitinya.

Kata bekas pengacara rancangan Pop Kuiz ini, cabaran itu bagaimanapun lebih membuatkan dia terdorong untuk menampilkan Kamera Apo? sebagai program yang akan dijadikan sebagai program istimewa untuk tontonan keluarga.

"Mungkin program ini baru untuk rakyat Malaysia tetapi saya kira jika disampaikan dengan cara yang betul mengikut suasana kehidupan masyarakat kita, ia boleh diterima dengan lebih meluas,'' kata Aznil yang menerbitkan rancangan itu dengan kerjasama syarikat penerbitan MOY.

Selain daripada itu, program ini diterbitkan sebagai membuktikan kepada umum yang dia tidak pernah ketandusan idea yang kreatif dalam menghasilkan bahan tontonan yang sesuai untuk lapisan masyarakat.

Biarpun namanya pernah dikaitkan dalam pelbagai kritikan yang pedas sebelum ini, namun personaliti yang juga dikenali kerana imej 'gila-gila' tidak pernah mengendahkan semua itu.

Sebaliknya, bekas graduan Universiti Malaya ini memberitahu, keadaan itu menjadikannya semakin berkeyakinan penuh untuk menghasilkan program yang boleh membuatkan semua orang ketawa.

"Saya percaya dalam kehidupan kita, setiap masyarakat memerlukan hiburan dan kerana itu menjadi tugas saya menghiburkan masyarakat menerusi program itu,'' jawab Aznil mengenai tanggungjawabnya terhadap penonton.

Kamera Apo?, kata Aznil juga perlu diingat bukan sebuah program yang bersifat hiburan kosong semata-mata.

"Inilah program yang dapat mendedahkan kita kepada gaya kehidupan sebenar masyarakat Malaysia. Paparan Kamera Apo? sebenarnya mahu penonton belajar daripada apa yang dipaparkan,'' jelasnya lagi sebagai menolak dakwaan sesetengah pihak yang beranggapan Kamera Apo? tidak memberikan manfaat kepada penonton.

Kepada yang belum berkesempatan menonton Kamera Apo? pastikan anda tidak ketinggalan menontonnya pada setiap hari Sabtu 7.30 malam di saluran ntv7.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.