saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 28/05/2000

Sukma 2000 dilancar

SUKAN Malaysia (SUKMA) yang pertama di alaf baru dilancarkan secara rasmi malam tadi oleh Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir di Stadium Negeri Batu Kawan, Seberang Perai yang baru siap dibina.

Perasmian yang berlangsung dalam suasana penuh warna-warni dan meriah itu turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Hishamuddin Tun Hussein dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Selain diserikan dengan upacara perbarisan 19 kontinjen, pertunjukkan bunga api, payung terjun, persembahan pancaragam dan gimrama, penonton juga turut dihiburkan dengan persembahan penghibur sensasi tanahair, Siti Nurhaliza.

Bekas pemain badminton, Tan Aik Huang dan bekas jaguh hepthatlon negara, Zaiton Othman pula diberi penghormatan menyalakan obor sebagai tanda simbolik bermulanya temasya sukan terbesar di negara ini.

Walaupun ini merupakan Sukma VIII, Pulau Pinang mencatat sejarah tersendiri kerana ini adalah kali pertama negeri itu menganjurkannya dengan bertemakan 'Cabaran Abad 21'.dan bermaskotkan Bang Bayan dan Chombee.

Dengan kos penganjuran keseluruhan menelan belanja RM260 juta, sudah pasti Sukma termahal ini bakal menjanjikan saingan yang sengit dan bermakna terutama dalam mencapai matlamat melahirkan bakat-bakat baru bagi kecemerlangan sukan negara.

Sebanyak 6,564 pegawai dan atlet seluruh negara akan mengambil bahagian dalam 29 acara yang dipertandingkan sepanjang temasya sukan selama 10 hari itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dijangka akan merasmikan majlis penutup Sukma ke-8 di Stadium Negeri Batu Kawan pada 3 Jun ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.